Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Thursday, October 28, 2010

Ucapan Hassan Al-Banna


Lihatlah! Alangkah manis dan benarnya ucapan Hassan Al-Banna tatkala beliau menjelaskan sifat-sifat peribadi contoh yang hendak dibentuk dan dilahirkannya.

“Aku mampu membayangkan al mujahid itu sebagai seorang laki-laki yang sentiasa membuat persiapannya, menyediakan bekalannya, mampu menguasai fikirannya yang memenuhi segenap sudut jiwanya dan segenap jurusan hatinya, dia sentiasa berfikir, menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus.

Apabila diseru dia menyahut, apabila dipanggil dia menjawab, pulang dan dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuk dirinya. Dia tidak mengambil tugas selain tugas selain dari yang telah diletakkan oleh kehidupan serta tuntutan ke atasnya dan dia berjihad di jalannya.

Kamu dapat membaca pada garis wajahnya dan melihat pada kilauan matanya dan mendengar dari gerakan lidahnya segala apa yang bergelora di dalam hatinya sama ada dari yang melekat, kesakitannya yang terpendam, segala keazaman yang benar dan bersungguh-sungguh, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh yang sentiasa memenuhi jiwanya”.

2 comments:

  1. dari mana dipetiknya kata2 al-imam ni?
    assalamu3laikum w.b.t

    p/s: nak mohon share..tp nak tahu sumber. minta maaf kalau dirasakan biadap, tapi tidak berniat sedemikian pun..

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam wbt

    spt biasa trima kasih pertamanya diatas kunjungan blog ini.
    ucapan as-syahid ini diulas mngenai aspek manhaj imam hassan albanna di dalam dakwah dan tarbiyyah

    jwpn: sumber dipetik daripada buku "DAKWAH & TARBIYYAH"- Pandangan Hassan Al-Banna, Terbitan Aman Press Sdn.Bhd

    blh rujuk halaman 27 pada buku berkenaan. sekian

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...