Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 3, 2010

Halaqah: Adab-adab Halaqah


Assalamualaikum wbt dan semoga dalam redha-Nya,
Halaqah, sunnah bagi melahirkan generasi Mukmin terbaik.
Bagi memastikan kelancaran Halaqah dan menepati maksudnya, masing-masing hendaklah mematuhi adab-adab seperti yang digariskan.
Pertama: Datanglah ke majlis dengan niat yang ikhlas untuk mengharapkan keredhaan Allah taala.
Kedua: Hendaklah datang ke majlis sebagaimana waktu yang telah ditetapkan atau dijanjikan. Kelewatan ke majlis Halaqah akan menyebabkan perjalanan Halaqah tergendala dan anggota-anggota lain tertunggu-tunggu.
Ketiga: Datanglah ke majlis Halaqah dengan berkeadaan berwudhu’, memakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas.
Keempat: Hadir ke Halaqah dengan membawa peralatan keperluan majlis seperti al-Quran, teks/hand-out Halaqah, buku nota catatan, al-Mathurat atau seumpamanya.
Kelima: Hadirlah dengan persediaan sepertimana diamanahkan dan bertanggungjawab terhadap amanah tersebut.
Keenam: Datanglah ke majlis Halaqah dengan hasrat untuk meningkatkan perasaan ukhuwah dan kasih sayang kerana Allah taala.
Ketujuh: Datang ke majlis dengan keazaman untuk menambahkan ilmu, mendekatkan diri (bertaqarrub) kepada Allah taala dan meningkatkan “amalan”.
Kelapan: Jika saudara/I tidak dapat menghadiri majlis Halaqah lantaran keuzuran (yang syar’i sahaja), maka hendaklah saudara memaklumkan terlebih dahulu kepada Fasilitator/Naqib agar tidak berlaku sebarang pembaziran terhadap persediaan yang dibuat mahupun penantian daripada sahabat sahabiah.
Kesembilan: Berikanlah ucapan salam ketika mana menghadiri/memasuki majlis Halaqah sebagaimana tuntutan agama Islam.
Kesepuluh: Bersopan-santunlah dalam majlis Halaqah kerana majlis yang di dalamnya disebut-sebut nama Allah turut dihadiri oleh para malaikat.
Kesebelas: Mulakanlah perjumpaan dengan bacaan Ummul-Kitab dan selawat ke atas Rasulullah SAW.
Kedua belas: Hendaklah sahabat-sahabiah mendengar segala bacaan,pengajaran, penjelasan dan arahan-arahan dengan teliti dan tenang disamping cuba memahami, mencatat dan mengingatinya dengan tepat. Peliharalah pengajaran dan perbincangan pelajaran yang diperolehi daipada majlis dengan penuh amanah sebelum disebarkan kepada orang lain pula.
Olahan buku Usrah dan Harakah (Beberapa Panduan Asas) oleh Ya’qub Muhammad Hussin terbitan Dewan Pustaka Fajar

No comments:

Post a Comment