Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 2, 2010

Bloggers Dan Pena Dakwah

Assalamualaikum wbt

Semoga seluruh pembaca setia blog ini berada dalam peliharaan Allah dan redha-Nya sentiasa, ameen.Sekadar mengajak seluruh akhi dan akhawat dalam ruang yang serba ringkas ini untuk sama-sama mencari jalan bagi cadangan meluaskan dakwah Islam ke seluruh pelosok dunia.

Apakah peranan kita sebagai bloggers?

Blog ni, jika kita ibaratkan pedang maka sesuailah ia jika bermaksud untuk mencederakan, maka akan berlakulah kerosakan, jika bertujuan baik maka mata pedang tersebut berupaya memberikan manfaat kepada tuannya. Saya lebih membawa maksud agar peranan kita sebagai bloggers ada matlamat Islam, ada usaha untuk menyampaikan dakwah, walaupun dalam bentuk blog yang selamber atau cincai, peranan menarik manusia dengan mengikat hati mereka mengingati Allah sangat bermanfaat. Kandungan walaupun dalam bentuk yang ringkas,atau mungkin humor sedikit tetapi berterapkan dakwah, sudah pasti mendapat saham bernilai daripada Allah taala.

Sasaran kita untuk siapa?

Dakwah kepada Islam adalah untuk semua, bukan sekadar kepada bukan Islam malah kepada orang Islam itu sendiri yang malap dengan perasaan Taqwa kepada Allah. Kita sekadar berusaha, memungkinkan hasil untuk berjaya atau gagal bukanlah nilaian yang besar, tetapi melihat kepada tindakan kita samada melaksanakan dakwah atau tidak. Allah tidak bertanya berapa ramai pengikut kita, Allah tidak memperlekehkan berapa orang yang kita bawa, tetapi Allah bertanya kepada kita, apakah kita melaksanakan tugas yang disuruhNya.

Cadangan

Saya mencadangkan agar seluruh penggiat dakwah tidak kira siapa sekalipun agar memahirkan diri dan melahirkan golongan yang boleh berbahasa selain bahasa ibunda bahasa Melayu, seperti Mandarin, Tamil dan lain-lain bahasa supaya menulis artikel berunsur dakwah ataupun menterjemah apa-apa bahan dakwah Islam agar ianya dapat dikongsi kepada mereka yang ingin mencari kebenaran Islam dari seluruh pelosok dunia. Bayangkan, dengan artikel bahasa Cina, artikel anda akan dilayari oleh jutaan manusia di negara China, bahasa India untuk negara India, yang mana kedua-dua negara tersebut mempunyai capaian penduduk paling ramai di dunia dengan angka 2 Bilion. Masya Allah, andaian mereka tertarik, maka sangat besarlah pahalanya.

Saya terfikir kerana ada terbaca kandungan berita mengenai kunjungan rombongan imam daripada Amerika ke Kelantan mendakwa bahawa rakyat Amerika mengenali Tuan Guru Nik Abdul Aziz melalui blognya dan melalui internet melalui akses laman-laman di negara ini. mereka tertarik kepada keperibadian Menteri Besar Kelantan itu walaupun berada jauh beribu kilometer daripada tempat mereka berada.
Oleh yang demikian, sama-samalah kita menggunakan ruang siber ini untuk tujuan yang bermanfaat dan berfaedah untuk semua. Wallahuaklam.

Hamba Allah yang Dha'if
Mohd Azlan Kahlid, Sarjana Muda Perbankan Islam, UiTMT

3 comments:

  1. assalamualaikum..ana setuju dengan cadangan sahabat ni...gunakanlah kemudahan alam IT ini dengan sebaik2 nya dalam berdakwah..bukan blog sahaja tapi juga gunakan fb bagi tujuan berdakwah..Kerana setiap kita akan ditanya oleh Allah S.W.T. di hari akhirat nanti ..

    ReplyDelete
  2. ASSALAMMUALAIKUM WAHAI SAHABAT2 YANG DI CINTAI KERANA ALLAH.SEIRING DENGAN DAKWAH YANG KITA BUAT BERLANDASKAN NIAT YANG BETUL

    ReplyDelete

Ibadah Korban 2024