Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 6, 2010

Istilah Bersuluk dan Bertahqiq

salam semua.. saya pernah bertanya soalan melalui mesej yang sahabat bertanya kepada saya mengenai apa makna bersuluk dan bertahqiq. saya menjawab saya tidak tahu dan saya ajukan soalan ini kepada guru saya dan mereka membalasnya seperti di bawah...semoga perkongsian ini dimanfaatkan......terimakasih guruku(pensyarah)

"salam, akh. ni istilah tariqat ni rasanya. bersuluk maksud asal pada bahasa ialah berjalan, maksudnya mencari Ilahi dengan jalan ibadah dan uzlah, bersendirian dan sebagainya. bertahqiq maksudnya mencari kebenaran dengan membandingkan diantara beberapa jalan/tariqat dan memilih yang paling baik selepas pertimbangan dan penelitian mendalam. wallahuaklam"-
ustaz wan anuar wan mamat

"bersuluk tu istilah yang biasa digunakan dalam tasauf atau tariqat yang menggambarkan seseorang itu berkhalwat, bermunajat kepada Allah. Suluk maknanya behavior. maknanya dia nak baiki perangai dia. bertahqiq rasanya tak berapa tepat dari segi imbuhan. tahqiq maknanya menilai kesahihan atau kebenaran. Root word Haq "
-ustaz wan ubaidillah

No comments:

Post a Comment