Kembali Ke Laman Utama

Friday, December 18, 2009

You Are What You Eat


Anda ialah apa yang anda makan, istilah ini biasa kita dengar. Istilah ini bukan sekadar menyatakan bentuk badan seseorang yang dikaitkan dengan apa yang dimakan, tetapi juga berkait dengan sikap dan perangai seseorang.

Kajian ahli psikologi juga menyatakan orang gemuk kebanyakannya lebih ‘tebal muka’ walau orang lain mencemuh. Mungkin kerana sudah lali dan menjadi kebiasaan. Akhirnya lebih bersikap tidak kisah dan tidak selesa dengan keadaan dirinya. Walaupun kemahuan untuk menjadi kurus tetap ada tetapi tidak mampu bertahan lama dan gagal setelah dicuba berkali-kali.

Selera makan seseorang berbeza-beza dan sebenarnya minda memainkan peranan utama. Mengapa tidak kita mengawal nafsu makan seperti pesanan Nabi Saw ini, “Kami golongan yang makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang”. Dan sabda Baginda lagi yang diriwayat oleh Abu Hurairah dan Ibnu Majah, “Tiap-tiap sesuatu itu ada zakatnya, dan zakat perut ialah berlapar”.

Berakhlaklah di hadapan makanan.

Ingatlah selain nafsu, syaitan senantiasa membisik dan menggoda melalui makanan dan minuman. Jagalah adab dan sopan di hadapan makanan walau anda keseorangan. Jika anda kini terlebih berat badan, bisikkan pada minda anda, hidup bukan untuk makan.

Bukankah sebelum ini anda sudah terlebih makan dan mengikut hawa nafsu sehingga begini rupa bentuk badan anda? Cukuplah, mulai hari ini segera berhenti makan sebelum kenyang. Anda khuatir akan lapar? Berdoalah kepada Allah, sepertimana doa tukang kayu pembuat kapal Nabi Nuh As, dengan hanya beberapa keping roti dia mampu bertahan seharian bekerja menebang pokok untuk dibuat papan dan membina kapal itu.

Bagi anda yang tidak mengalami masalah kegemukan tetapi amalan pemakanan tidak dikawal, ketahuilah ramai dari orang kurus yang mempunyai kolestrol yang tinggi dan darah tinggi serta tidak kurang yang mengalami sakit jantung!!!

Makan untuk sihat bukan untuk mati. Jangan sampai ketahap bukan tiada wang untuk membeli makanan, tetapi sudah tiada makan yang sesuai dimakan kerana berpenyakit. Itupun bagi yang mahu berpantang, tiddak kurang yang bujur lalu melintang patah. Pantangnya hanya kayu, batu atau pasir.

Petikan Buku Bio-Mekanik Solat, Dr.Yusof Abbas

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...