Kembali Ke Laman Utama

Tuesday, December 8, 2009

semua ke syurga...kecuali dia...ku bimbangi dialah diriku...

assalamualaikum...

mungkin sahabat2 yg perasan 2-3 hari ini ana asyik postkan artikel motivasi sahaja...
tidak lain dan tidak bukan, ianya juga bagi keperluan ana sendiri.. :-)

pagi jumaat lain semasa menyertai satu program, jam 4.00am ketika itu... kami yang lainnya bangun menunaikan solat tahajjud,tasbih dan taubat... ana merasakan syahdu benar ketika saat solat tasbih... dulunya memang tak tahan...lama.... tapi bila buat pagi jumaat lepas rasa seperti sebentar sahaja, dan terus bertahan tidak tidur selepas itu...

namun, setelah itu ana terus kebilik penginapan... barulah rasa hendak rehat.... hampir tengahari, barulah kudapati walletku hilang... didalamnya IC, kad atm, lesen, kad HPA,...

namun ia sudah lewat , ana menggunakan masa yang ada dengan mencarinya terlebih dahulu sebelum declare ia dicuri... kerana sahabatku kehilangan handsetnya juga... walletku yang dibalut bersama lipatan baju jaket berjaya ditemui perompak... hebat benar dia... pintu tidak dikunci oleh urusetia terbabit, inilah yang menjadi sedikit kecuaian.. andaian ana, pencuri itu memasuki bilik kami ketika saat kami qiamullail...

ya....wang sejumlah hampir rm2000 berjaya dicuri pencuri... mungkin silapku kerana meletakkan no pin atm... "beliau" bertindak pantas sebelumku berusaha menyekat no pin atm... ana hampir pengsan ketika mana tiba di bank rakyat bilamana check balance...hanya tinggal rm 22 sahaja...potong rm 8 sebab buat kad baru..jd balance rm 14... yang merisaukan ia bukannya wang ana... maka i.allah,pada Allah kuminta segala kudratNya memberikan yang terbaik buatku...

hu3.... yang dah berlalu ana lupakan sudah.... apapun ia penuh hikmah...apa yang ana mohonkan.... mudahan ini sebagai kafarah dosa2 ana yang lalu...
pada ketika itu sahabatku menulis mesej lagu nyanyian inteam+nazrey kpdku...
ujian adalah... tarbiyyah dari Allah...
apakah kitakan sabar....ataupun sebaliknya....

sekurang2nya, daku telah dipukul sekali dengan tazkirah itu...
bagaimana daku harus berdukacita, hanya ujian ini...
apakah daku terus futur....
kurenungi setiap sirah mujahid dan syuhada...
mereka telah membangkitkan ketenanganku kpd ujian ini....
terima kasih Tuhan....
:-)

1 comment:

  1. Alhamdulilah, enta tenang terima ujian... setiap ujian yang datang memang bukan untuk membuat kita lemah tetapi menambah kekuatan kita... Bersyukurlah kerana diuji...

    dedikasikan lagu rahmat ujian nyanyian mestica untuk enta... tapi kena cari sendiri... salam

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...