Kembali Ke Laman Utama

Monday, December 7, 2009

Motivasi: MENERIMA HAKIKAT DIRI

"Jika anda dilahirkan 5 kaki 2 inci, terimalah hakikat ini kerana ia kejadian semulajadi anda. Apapun yang anda lakukan anda akan tetap setinggi itu.

Jika anda mengetahui anda tidak akan menjadi seorang ahli sukan yang handal kerana kekurangan tenaga dan stamina, akuilah hakikat ini kerana ALLAH telah menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang anda mahukan itu.

Tidak semua orang boleh menjadi seperti P. Ramlee, Lat dan Mahathir Mohamad, tetapi setiap orang boleh menjadi seseorang yang hampir menyamai kecemerlangan mereka berdasarkan apa yang telah ALLAH sediakan untuk mereka.

Anda boleh berjaya dalam bidang anda, mengikut pada bidang yang anda lalui. Sebagaimana saya sering menginginkan kebolehan terbang seperti Superman sewaktu kecil, saya akui hakikat bahawa manusia tidak boleh sama dengan burung.

Seekor burung telah dianugerahkan ALLAH dengan fizikal yang demikian untuk menjalani hidupnya dan demikianlah saya, anda dan semua orang.

Sebagaimana corak di jari berbeza, begitulah setiap individu. ALLAH yang Maha Kaya telah menjadikan setiap ciptaan-NYA berbeza. Demikianlah dalam membina kejayaan, setiap orang unik dengan fizikal dan personalitinya, kejayaan juga turut unik dan berbeza.

Ahli-ahli jiwa mengatakan, salah satu faktor yang menghalang kejayaan bukan disebabkan kurang pintar tetapi kerana kurang yakin kepada diri sendiri. Penyakit ini akan membunuh minat dan menghambat kemajuan seseorang. Bagaimanakah mengatasi perkara begini:-

Fikirkan kejayaan bukan kegagalan

Selalu katakan kepada diri sendiri, ‘Aku lebih baik daripada yang aku sendiri sangka.’
Berjiwa besar
Keras kemahuan dan kehendak
Semoga kejayaan milik anda jua akhirnya.

Motivasi oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Sudah pastilah cintaKu kepada orang-orang yang saling menziarahi keranaKu,
Sudah pastilah cintaKu kepada orang-orang yang saling cinta-menyintai keranaKu,

Sudah pasti pula cintaKu kepada orang-orang yang saling membantu keranaKu.”

*hadis Qudsi*


-Mahasiswa bermotivasi teras keunggulan modal insan Negara-


No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...