Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 21, 2009

Luh Mahfuz Juga Ditanya Oleh Allah SWT


firman Allah Taala:

 Sesungguhnya kami Telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang Telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata:"Alangkah baiknya sekiranya dahulu adalah tanah".
(Surah an-nabaa:40)

Di akhirat, orang kafir berputus asa akibat mereka tidak tahu menghargai kurnia Allah swt yang telah menciptakan mereka sebagai insan, iaitu sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah Taala. lalu mereka berangan-angan, alangkah baiknya jika Tuhan menjadikan dirinya sebagai tanah daripada menjadi manusia kafir yang bakal menempuh nasib malang.

Justeru alam akhirat telah diprogram oleh Allah taala sebagai tempat manusia menerima balasan, sama ada balasan baik atau buruk. orang kafir berangan-angan dalam waktu terdesak, mengaharapkan Tuhan akan menukarkan mereka menjadi tanah supaya mereka terlepas daripada beban Akhirat. mereka lupa bahawa yang ditukarkan menjadi tanah di Akhirat kelak hanyalah haiwan yang tidak berakal sahaja.
cita-cita orang kafir supaya ditukarkan menjadi tanah itu membuktikan betapa mereka di dunia dahulu langsung tidak menggunakan akal yang waras bagi menilai kurniaan Tuhan yang telah menciptakannya sebagai insan.

Di dunia, mereka tidak pernah meminta supaya Tuhan menjadikan mereka sebagai tanah kerana sedar bahawa menjadi manusia adalah lebih baik daripada menjadi tanah. sebaliknya apabila mereka sudah dibangkitkan dimahsyar dan melihat balasan azab yang bakal ditempuhinya, tiba-tiba mereka meminta supaya dijadikan sebagai tanah.

Didunia mereka menipu Allah taala, diakhirat sekali lagi mereka cuba menipu. namun, segala cita-cita dan angan-angan karut orang kafir untuk menjadi tanah ataupun diadili seperti haiwan, tidak dilayan oleh Allah taala.

Setelah orang kafir berasa kecewa, kerana segala helahnya tidak mendapat perhatian Allah taala kecuali hukuman yang bakal ditimpakan, mereka terdengar suatu seruan daripada sisi Allah taala dengan pertanyaan: "Dimanakah letaknya Luh Mahfuz?" . Setelah itu, para malaikat mengusung Luh Mahfuz kehadapan Allah swt.

Ketika Luh Mahfuz diusung oleh malaikat, kedengaran bunyi suara hingar-bingar dan gegak gempita yang datangnya daripada langkah para malaikat dan manusia di padang mahsyar, yang terkejut dengan kehadiran Luh Mahfuz yang amat luar biasa itu.

Kemudian Allah Taala bertanya kepada Luh Mahfuz, "Hai Luh Mahfuz, kemana perginya kitab Aku, iaitu Kitab Zabur, Taurat, Injil dan Furqan?" Jawab Luh Mahfuz: "Ya Tuhanku, kitab-kitab tersebut telah disalin semuanya oleh malaikat Jibril."

Lalu Allah taala mengarahkan malaikat Jibril supaya datang dalam keadaan kedua-dua lututnya menggeletar. Tuhan bertanya kepada Jibril: "Ya Jibril, Luh Mahfuz mengatakan bahawa Kitab Zabur, Taurat, Injil dan Furqan kesemuanya telah engkau salin. Adakah Luh Mahfuz ini bercakap benar?" Jawab Jibril: "Benar wahai Tuhanku, semuanya telah aku salin."

Tuhan bertanya lagi kepada Jibril: "Setelah engkau salin kitab-kitab itu, apakah yang engkau lakukan terhadapnya?" Jawab Jibril lagi: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kitab Zabur itu telah aku serahkan kepada Nabi Daud As, Kitab Taurat aku serahkan kepada Nabi Musa As, Kitab Injil aku serahkan kepada Nabi Isa As, dan Kitab Furqan(al-Quran) telah aku serahkan kepada Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya aku telah menyerahkan kitab-kitab itu kepada para Rasul masing-masing, begitu juga kepada ahli suhuf yakni nabi-nabi yang telah aku serahkan kitab mereka.


Nota Kepada Diri, 71 Nasihat Agama dan Akhlak: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

4 comments:

  1. menarik sungguh cerita ni ada kesinambungan tak... malaikat jibrail yang gagah pun menggeletar lutut... kita akan jadikan iktibar dari kisah jibrail yang menggeletar lutut iaitu walaupun malaikat adalah makhluk yang suci tetapi mereka tetapp bertakwa iaitu takut berlainan dengan manusia bila kira rasa telah banyak melaklukan amal ibadat akan merasa diri itu telah benar cukup dan merasa puas dengan amal ibadat tetapi allah tidak langsung memandang amal ibadat yang hebat-hebat ianya tertakluk akan kedudukan ikhlas kita berada di tahap yang mana.

    ReplyDelete
  2. insyaalah ada sambungannya, saya masih menaip lagi untuk sambungannya bertajuk kaum nabi nuh berbohong diakhirat

    ReplyDelete
  3. mana dapat sumber cerita Allah berbicara dengan Luh Mahfuz?

    ReplyDelete
  4. Nota Kepada Diri, 71 Nasihat Agama dan Akhlak: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

    ReplyDelete