Kembali Ke Laman Utama

Wednesday, November 25, 2009

Teknik pembacaan untuk khusyuk- bhgn 1

Apabila membaca Bismillahirrahmanirrahim secara perlahan dan jelas sebutan, masa yang diambil ialah kira-kira 8saat ataupun lebih. Maknanya ketika kita sedang membaca tadi sebenarnya kita telahpun menahan nafas iaitu selama 8 saat.

Terdapat 7 ayat dalam surah alfatihah termasuk bacaan basmalah, ertinya kita membuat 7 kali pernafasan dalam bacaan itu.

Teknik relaksasi iaitu menarik nafas selama 8 saat dan diulang minima 5 kali, sebenarnya dengan kaedah kita membaca secara perlahan dan jelas sebutan tadi adalah hamper sama, malah lebih ulangan pernafasan semasa solat. Inilah dimaksudkan sama dengan fitrah biologi manusia. Ini baru bacaan fatihah, semakin panjang dan banyak ayat alQuran yang dibaca, semakin lama kita menahan nafas dan semakin banyak ulangan.

Dalam masa yang sama kita boleh membayangkan maksud ayat yang dibaca. Ketika membaca tasbih rukuk-sujud, sila baca dengan perlahan, kita juga akan menahan nafas kira-kira 8 saat dan diulang 3 kali. Ada yang membaca cepat dan juga diulang 3 kali tetapi tidak sampai 5 saat sudah bangun!

“Wahai teman , mengapa begini? Bersabarlah! Sudahlah anda solat bersendirian, hendak cepat kemana? Kosongkan fikiran dan lupakan urusan dunia, tidak lama, Cuma beberapa minit sahaja!”

Begitu juga apabila imam membaca ayat-ayat lebih panjang selepas alfatihah, kita sepatutnya boleh melatih untuk menarik nafas dan diulang beberapa kali. Jangan sampai terlalu kuat menghembus nafas seperti orang mengeluh.

Kepada para imam, inilah peluang untuk lebih khusyuk ketika solat Maghrib, Isyak dan Subuh kerana anda yang membaca lebih kuat sedangkan makmum hanya mendengar sahaja. Benarkah imam ini lebih khusyuk dari makmum?

Ada segelintir imam yang membaca fatihah secara cepat pada rakaat ketiga dan keempat, sedangkan ramai makmum belum pun selesai membaca fatihah, imam ini sudahpun rukuk!

“Wahai imam, wahai ustaz, wahai tok Haji, anda pun hendak kemana? Anda sedang memimpin, pimpinlah dengan cermat makmum anda. Walaupun anda tidak khusyuk, solat para makmum tidak terjejas. Jika anda membaca cepat, anda sudah mengganggu kekhusyukan makmum, berubahlah, dan tingkatkan kualiti solat anda!”

Solat khusyuk bukan terletak pada ilmu agama seseorang, samada dari lulusan pondok sehinggalah ketahap PhD. Bukan juga semakin hitam dahi, bukan setebal mana serban atau sehebat mana pakaian, tetapi kepada orang yang sentiasa memilih untuk khusyuk.

Ada makmum yang mulai gelisah, kerana penat berdiri apabila imam membaca ayat yang lebih panjang, sedangkan dia boleh berdiri 30 minit tanpa bergerak jika didenda atau dipaksa berdiri tegak ditengah panas atau lama berdiri untuk mendapatkan tiket-tiket pertunjukan hiburan atau tiket menonton sukan!!!

Rasa gatal sedikit pun sudah tergaru-garu, mula hilang focus. Jika menonton rancangan kegemaran, sanggup pula menahan hajat untuk ke bilik air.

Ketahuilah, syaitan sangat bijak merancang mencacatkan solat kita. Syaitan boleh berada didalam badan kita seumpama darah yang sedang mengalir. Jika makmum dapat menghayati dengan mendengar ayat-ayat yang dibaca imam dan diselang seli dengan perlahan-lahan menarik nafas dan dihembus perlahan-lahan, inilah teknik yang anda perlu praktikkan untuk lebih khusyuk.

dipetik daripada buku Bio-Mekanik SOLAT, Dr. Yusof Abbas

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...