Kembali Ke Laman Utama

Sunday, November 15, 2009

10 Arkanul Bai'ah

Imam Hassan albanna berkata, mengubati masalah berpuak-puak, berselisih faham, hilangnya kekuatan dan kemunduran tamadun bukanlah dengan cara hanya mengubati salah satu kepincangan-kepincangan yang lain, tetapi dengan mengubati seluruhnya. Oleh yang demikian, beliau telah menggagaskan satu manhaj Islah yang dikenali sebagai arkanul bai’ah. Ada 10 kesemuanya.
1. Alfahmu (kefahaman)
-Memahami agama secara sahih, syumul dan lengkap.

2. Al-ikhlas (ikhlas)
-Ikhlas kerana Allah dalam beramal semata-mata untuk agama ini.

3. Al-amal (beramal)
-Beramal untuk agama ini dengan melakukan islah diri, rumah tangga, masyarakat, kerajaan dan seterusnya.

4. Al-jihad (berjihad)
-Jihad di jalan Allah dipelbagai tahap, martabat dan jenisnya.

5. Tadhiyyah (pengorbanan)
-Mengorbankan waktu, tenaga, harta dan diri demi untuk agama ini.

6. At-tha’at (ketaatan)
-Mentaati Allah dan Rasul ketika susah atau senang dan ketika cergas atau terpaksa.

7. Thabat (teguh pendirian)
-Teguh pendirian di atas agama ini sama ada pada akidah, syariat dan amalan, sekalipun keadaan zaman yang ditempuhi oleh kaum Muslimin itu berlarutan, sehinggalah dapat mencapai matlamat mereka.

8. Tajarrud
-Iaitu dengan mengosongkan diri dari setiap fikrah yang menyanggahi fikrah Islam dan dari setiap individu atau pemimpin yang menghalang seseorang Muslim untuk bertajarrud demi agamanya.

9. Ukhuwah (persaudaraan)
Persaudaraan dalam agama ini. Ukhuwah adalah “saudara” bagi kesatuan dan penawar bagi masalah berpuak-puak dan kebinasaan. Manakala perpecahan adalah “saudara” kepada kekufuran.

10. Thiqah (kepercayaan)
-Kepercayaan kepada kepimpinan, beramal untuk Islam dalam skop kaedah Islam yang unggul. “tiada ketaatan melainkan kepada makhluk pada melakukan kemaksiatan kepada yang Maha Pencipta”.

 dipetik daripada buku syarah usul 20 al-imam Hassan al-Banna (Rukun Faham)

1 comment:

  1. entri yang menarik.. teruskan menulis.. setiap orang yang membacanya anda akan beroleh pahala.. =)

    osst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...