Kembali Ke Laman Utama

Friday, November 6, 2009

Syura dan perlaksanaanya

Salam.


SYARAT BAGI ANGGOTA MAJLIS SYURA ISLAM.

1. ‘ADALAH, TERMASUK SEMUA PERSYARATANNYA

- I’dilu baina awladikum- berlaku adillah kamu kepada anak-anak kamu. Menjadi ahli syura harus bebas daripada perasaan pentingkan diri sendiri dan menjauhi sikap pilih bulu didalam membuat sebarang keputusan yang boleh menjatuhkan kepada kedudukan berat sebelah.

2. BERTAKWA DAN BERSIH DARI DOSA KEPADA ALLAH DAN UMAT

- Kullu baanii aadam khatta’i, wa khoirul khatto’u attawwabun- setiap dari manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa,maka sebaik-baik perilaku dosa ialah mereka yang bertaubat. Ahli syura perlu menanamkan rasa takut kepada Allah dalam setiap apa jua keputusan yang tidak disandarkan kepada hujah bersumberkan Quran dan Sunnah sehingga menyebabkan lahir pada perasaannya bersikap bermudah dalam memegang amanah sebagai kuasa pemutus dan sebagai pemimpin organisasi.

3. MENGETAHUI ALQURAN DAN ASSUNNAH, SERTA ILMU-ILMU BAHASA, TAFSIR, ILMU HADIS DAN SEBAGAINYA.

- Ahli syura yang terlantik mahupun dilantik hendaklah memiliki kefasihan dalam asas ilmu yang berikut lantaran setiap keputusan bukan terletak pada akal logik semata-mata atau sekadar andaian, kehendak atau pengaruh desakan seseorang, sebaliknya ketelitian sikapnya terhadap jalan penyelesaian sangat diambil kira.

4. BERPENGALAMAN DALAM MASALAH YANG DIMESYUARATKAN.

- Pemimpin syura mestilah menjadikan pengajaran kisah-kisah yang berlaku dan tidak termasuk kepada golongan yang terjatuh kelubang masalah yang sama. Dengan pengalaman yang dikutip haruslah diatur sebaiknya masalah yang berlaku sekitar organisasi atau jemaah dengan mengelakkan kemudaratan yang lebih besar daripada mencapai manfaat yang sedikit mahupun mengaplikasikan fiqhul awlawiyyat dalam setiap perlaksanaan gerak kerja dan pemutusan mesyuarat.

5. BERAKAL CERDAS DAN MATANG.

- Setiap pimpinan syura haruslah sedar dengan tanggungjawab dan taklifan yang diamanahkan dengan melaksanakan tugas sebaiknya. Jangan sesekali menjerumuskan diri kearah perkara jumud dan tidak berkembang selain sikap lambat bertindak dalam membuat keputusan apatah lagi untuk bergerak menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Ini akan menimbulkan keresahan anggota organisasi sehingga menyebabkan gejala futur, kelemahan sayap organisasi, kelembapan ahli, program yang semakin pudar semangatnya, tarbiyyah yang semakin ranap, ukhuwah yang semakin longlai,dan sebagainya yang boleh meletakkan organisasi atau jamaah dilandasan yang boleh tersasar daripada medan perjuangannya.

6. JUJUR DAN AMANAH

- Ahli syura hendaklah menyatakan komitmennya yang jitu dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan menjadikan falsafah dakwah yang tertegak dengan jihad yang berterusan. Hendaklah senantiasa menjauhi perkara syubahah dalam hidup mereka selain sentiasa menghiasi diri dengan pakaian akhlak yang cemerlang sebagaimana mencontohi teladan yang dibawa oleh Rasulullah saw. Mereka juga harus berhati-hati dalam sikap mereka lantaran setiap perbuatan, percakapan mereka diperhatikan oleh anggota organisasi.



DALAM MASALAH APA MESYUARAT DIADAKAN

IBNU HAJAR MENGUTIP BAHAWA TERDAPAT 3 PENDAPAT

1. DALAM SEMUA MASALAH YANG TIDAK ADA NASHNYA

- Sesuatu perkara yang jelas dinyatakan oleh alquran dan assunnah tidak boleh dilanggari atau diingkari oleh syura pimpinan organisasi dalam menentukan apa jua keputusan terhadap masalah yang berlaku dalam organisasi. Oleh sebab itulah, wajib bagi anggota syura mempelajari alquran dan hadis bagi memahami dan memutuskan keputusan dengan betul.

2. DALAM MASALAH DUNIAWI SAHAJA

- Termasuklah perkara pemutusan dalam halatuju jamaah berdasarkan panduan dari Ilahi.


3. DALAM MASALAH PERANG YANG TIDAK ADA NASHNYA

• MENURUT PENULIS, YANG BENAR IALAH PENDAPAT BAHAWA URUSAN YANG BOLEH DIMESYUARATKAN IALAH SETIAP PERKARA YANG TIDAK ADA NASHNYA.( TABARI DALAM TAFSIRNYA,1/153)

• WAJIB KITA MENGAMBIL DAN MENGIKUTI PENDAPAT MAJORITI DALAM MAJLIS SYURA.

• PENDAPAT MAJORITI MERUPAKAN PENDAPAT YANG HARUS DIKUATKAN DAN DIPEGANG.SEMENTARA KELOMPOK MINORITI DIWAJIBKAN MENGIKUTINYA, SEKALIPUN PIMPINAN BERADA DI PIHAK MINORITI.

• MENGENAI WAJIBNYA MENGAMBIL PENDAPAT MAJORITI INI TIDAK TERMASUK DALAM KERANGKA DEMOKRASI SEPERTI AMALAN DALAM PARLIMEN, DIMANA KUASA MUTLAK DIBERIKAN KEPADA PENDAPAT MAJORITI UNTUK MENGHALALKAN SESUATU YANG HARAM DAN MENGHARAMKAN SESUATU YANG HALAL. DALAM ISLAM, TIDAK ADA SYURA MENYANGKUT MASALAH YANG ADA NASHNYA.

sumber rujukan
-akhbar harakah

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...