Kembali Ke Laman Utama

Friday, November 6, 2009

as- syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillah, kali ini kita beraksi untuk mengenali salah seorang tokoh kebanggaan kita dari bumi Palestin.Pada 24 Mac 2009 lalu, hari Selasa, ana sempat bersama satu ceramah bersama isteri beliau di Masjid Shah Alam berceritakan tentang Palestin. apapun ana tidak mahu mengulas pengisian ceramah berikut namun hanya sekadar ingin memperkenalkan lebih dekat tokoh ini secara ringkas.

Biodata seorang mujahid Lokomotif: as- syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi


Nama beliau yang sebenar ialah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz ar-Rantisi.

Tarikh lahir: 23 Oktober 1947, keluarganya berpindah ke Gaza sewaktu peperangan sedang meletus pada 1948. Mereka hidup didalam kehidupan yang begitu dhaif, namun ia tidak menghalang insan ini menjadi ulung dalam lipatan sejarah perjuangan rakyat Palestin.

Kesusahan itu juga mendidik as-syahid sebagai seorang yang cukup menghargai kehidupannya, walaupun miskin, tetapi beliau berjaya menjadi pelajar yang pintar lagi cemerlang sejak dari sekolah dan semasa menuntut di Universiti Iskandariah di Mesir dalam bidang perubatan dan tamat pada 1972. Membesar dalam kemiskinan, bersama ibu bapanya serta 8 abang dan 2 adiknya disekolah terbiar sebelum berpindah ke rumah bantuan UNRWA. Beliau telahpun bekerja pada usia muda seawall 6 tahun bagi menampung kehidupan keluarganya. Pakciknya telah terbunuh sewaktu Israel membedil penempatan di Khan Younis semasa krisis Suez pada Oktober 1956.

Beliau memasuki sekolah menengah bantuan UNRWA di Khan Younis dan mendapat kelas pertama dalam ijazahnya. Mesir pada ketika itu menawarkan lanjutan ke Universiti kepada anak Gaza yang tidak mampu untuk membiayai bayaran pengajian dan Rantisi mula meneruskan pengajiannya dibidang perubatan di Universiti Iskandariah. Beliau turut diperkenalkan kepada Sheikh Mahmoud Eid , seorang imam di sebuah masjid di Khan Younis sejak kecil lagi. Sheikh Mahmoud Eid turut memperkenalkan beliau mengenali Ikhwanul Muslimin yang tertubuh pada tahun 1929 selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924, dan mengenali pengasasnya Imam Hassan Al-Banna yang dibunuh dalam satu komplot 20tahun selepas penubuhannya selain Sayyid Qutb yang banyak mempengaruhi pemikirannya

Semasa belajar,telah didedahkan dengan perjuangan jamaah Ikhwanul Muslimin yang telah menarik perhatiannya. Seterusnya setelah menamatkan pengajiannya, beliau pulang berkhidmat ke Gaza di Hospital Nasir pada 1976 setelah melanjutkan kembali 2tahun dalam master di bidang perubatan.beliau dipecat sebagai ketua perubatan oleh Israel, beliau juga menyertai Fakulti Sains di Universiti Islam di Gaza pada pembukaannya selaku pengajar pada 1978, mengajar Sains, genetic dan Parasitologi disana. Beliau turut serta bersama gurunya yang dikasihi, as-syahid Sheikh Ahmad Yassin untuk menubuhkan Harakatul Muqawamatul Islamiyyah (HAMAS) selaku wadah utama bagi harakah perjuangan Islam di bumi anbiya Palestin menentang kezaliman yang wujud oleh penjajah Rejim Zionis Yahudi Laknatullahi alaihim.

Rantisi pernah ditahan pada bulan Januari 1988 atas “kesalahan” menyebarkan risalah kepada rakyat Palestin bagi menyokong perjuangan Intifadha. Beliau dihukum 2tahun setengah di penjara Gaza dan Kaffar Yunnah. Beliau dibebaskan pada 4 September 1990 dan seterusnya bersama Hamas sehingga ditahan semula pada November 1990 selama 12bulan bersama Syeikh Ahmad Yasin dan beberapa orang pejuang Palestin lainnya dari Hamas. Di penjara tersebut Abdul Aziz Rantisi melakukan muraja’ah (mengulangkaji) Al-Qur’an sehingga dibebaskan pada Febuari 1992.beliau sudah terbiasa dipenjara setelah itu pada 1998 oleh PA, pada Julai 2000,April 2001. Pada 10 Jun 2003 beliau terselamat daripada cubaan bunuh keatasnya yang mana pada kejadian itu telah mengorbankan 2 orang awam manakala 27 lagi tercedera termasuk anaknya yang lumpuh.rantisi turut tercedera pada bahagian dada dan kaki. Beliau berikrar tidak akan membiarkan seorang yahudi pun bebas di Palestin.



Beliau seterusnya telah dilantik mengepalai pergerakan Hamas setelah pembunuhan kejam oleh Israel ke atas Sheikh Ahmad Yassin pada 22 March 2004. Beliau seringkali menjadi sasaran bunuh oleh rejim Israel dan sentiasa berwaspada. Beliau berkata dalam satu temubual bersama wartawan ketika itu, katanya,“It's death whether by killing or by cancer; it's the same thing," he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. "Nothing will change if it's an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache”.

Rantisi akhirnya dibunuh oleh perancangan jahat zionis yang dikepalai perdana menteri israel, Ariel Sharon melalui satu serangan udara oleh helikopter Apache pada 17 April 1974. Akhirnya beliau berjaya mencapai cita-citanya seperti yang selalu dilaungkan bahawa ”cita-cita kami adalah mati syahid”.

Berikut adalah temubual rakaman bersama isteri beliau, Rasya al-Adluni.

Soalan:

Pada peringkat individu dan kehidupan dalam masyarakat, apakah Puan rasai kehilangan sesuatu setelah pemergian as-Syahid?

Bercakap tentang kehilangan Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, saya katakan di sini bahawa saya tidak kehilangannya cuma selepas beliau menemui syahid. Kami pernah kehilangannya ketika dia di dalam tahanan. Kami pernah kehilangannya ketika beliau dalam buruan. Kemudian kami kehilangannya selepas beliau menemui syahid. Tetapi, walau pun kami kehilangan jasad Dr. Abd Aziz ar-Rantisi, ruhnya sentiasa berlegar di sekitar rumah kami. Kami tidak merasai bahawa ruhnya meninggalkan kami. Dengan itu kami tidak mencari penggantinya. Bahkan sebagaimana yang saya katakan kepada kamu bahawa ruh as-Syahid sentiasa berlegar di dalam kehidupan kami; di dalam dan di luar rumah.

Soalan:
Lari sedikit dari isu politik, bagaimana kehidupan as-Syahid sebagai suami? Adakah kedudukannya sebagai pimpinan HAMAS memberi kesan kepada peranannya terhadap anak-anak Puan?

Rasya:
Sesungguhnya akhlak beliau menyamai akhlak Rasulullah s.a.w. yang pernah bersabda: "Akulah yang terbaik terhadap keluarganya." Saya menjadi saksi bahawa Abu Muhammad (ar-Rantisi) adalah sebaik-baik suami, sebaik-baik ayah, sebaik-baik datuk dan sebaik-baik pemimpin. Kerana Allah beliau tidak takut celaan orang-orang yang mencela. Tidak ada tapak yang dipijaknya kecuali akan menyakiti hati musuh. Hasil perkongsian hidup bersama-samanya saya dikurniakan empat orang anak perempuan; Inas, Samar, Aasia dan Asma'. Juga dua orang anak lelaki; Muhammad dan Ahmad. Peranan saya ketika hidupnya adalah peranan seorang wanita muslim yang memahami risalahnya dengan baik; risalah Islam dan risalah dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Risalah inilah yang menjadikan saya berdiri teguh di belakang Dr. Abd Aziz.

Soalan:

Adakah Puan masih ingat bagaimanakah bermulanya perkenalan antara Puan dan Dr. ar-Rantisi? Adakah Dr. Ar-Rantisi aktif di dalam amal politik pada waktu itu?

Rasya:

Hubungan saya dengan Dr. Abd Aziz ar-Rantisi sama seperti mana-mana keluarga Palestin muslim yang lain. Hubungan biasa. Beliau menemui keluarga saya untuk meminang saya dan kami menerima pinangan tersebut. Saya telah dapat merasai wujudnya peranan yang akan dimainkan oleh seorang wanita muslim secara umum dan peranan isteri seorang pegawai perubatan dan ahli politik secara khusus. Tugas saya bukan sekadar untuk berpakaian cantik dan berhias. Tetapi saya telah pun menyediakan diri saya untuk memainkan peranan yang akan dituntut dari saya. Abu Muhammad adalah seorang pegawai perubatan. Beliau sibuk berulang alik dari hospital ke klinik dan wad kecemasan. Saya tidak pernah mencemuhnya jika dia tidak berada di rumah sebaliknya saya menganggap itu semua sebagai jihad. Saya mesti bersabar dan menyediakan kerehatan dan kebahagian ketika beliau masuk ke rumah dan bukannya mencemuh atau membebel. Pada waktu itu, Dr. Abd Aziz belum bergiat aktif di dalam amal politik. Beberapa tahun selepas itu beliau bergabung dengan HAMAS dan seluruh waktunya selepas itu adalah untuk amal politik. Saya mengambil tanggungjawab mentarbiah anak-anak. Peranan yang saya mainkan ini banyak meringankan beban Dr. Abd Aziz ketika beliau di dalam tahanan, dibuang daerah, di dalam buruan dan selepas itu menemui syahid.

Soalan:

As-Syahid ar-Rantisi pernah dibuang daerah dan menjadi buruan sebelum menemui syahid. Moga-moga Allah merahmatinya. Itu adalah kehidupan seorang mujahid yang dipenuhi dengan ujian. Bagaimana dengan keadaan ketika beliau di dalam tahanan?

Rasya:

Ketika beliau di dalam tahanan, kami sentiasa berhubung dengan beliau. Samada dengan menziarahinya atau melalui surat-surat yang dikirim melalui persatuan Palang Merah atau melalui pemuda-pemuda yang dibebaskan dari tahanan. Ini sama seperti tahanan-tahanan yang lain. Beliau mengingatkan saya prinsip “Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermenfaat bagi orang-orang beriman.” (Az-Zariyyat: 55). Sesungguhnya itu memainkan peranan yang besar kepada saya untuk terus teguh mendidik anak-anak. Saya tidak pernah selama-lamanya berasa terputus dari dunia Dr. Abd Aziz.


Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki.(QS: Ali Imran/3: 169).

1 comment:

  1. salam... terime kaseh masukkan p0st mengenai al-syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi... cari untuk exam tapi exam da lepas...

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...