Kembali Ke Laman Utama

Sunday, November 29, 2009

Pemerintah digesa usah permainkan amanah

Kesediaan YBM Tengku Razaleigh, ahli parlimen Gua Musang bagi mengetuai kaukus tuntutan hak royalti di parlimen seharusnya disambut baik oleh semua ahli parlimen kerajaan termasuk pembangkang. Ketelusan beliau seharusnya dipuji bagi menyatakan hak rakyat yang seharusnya dibela.

Saya hairan sikap TPM yang masih menaruh harapan agar tindakan dari anggota Backbencher BN sendiri perlu dihentikan. Ini jelas tidak menggambarkan semangat demokrasi yang diperjuangkan. Namun PM yang bersikap lunak dalam hal ini dimohon agar memegang janji aspirasinya yang melaungkan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Disini jika kita memahami dasar sesebuah kontrak perjanjian apapun, maka asas kepada perjanjian adalah syarat-syaratnya. Dan jika sekiranya mana-mana pihak yang terikat pada perjanjian, maka dia tidak boleh melanggar sebarang syarat perjanjian berkenaan. Berbeda samasekali dalam isu ini, keengganan Petronas membayar bayaran langsung kepada Kerajaan Negeri boleh membawa implikasi kepada terbatalnya perjanjian: “It negates an agreement signed between the Kelantan Government and PETRONAS” seperti yang disebut ahli Parlimen GM.

Bagaimana mungkin para pelabur khususnya hendak melabur andaikata permasalahan ini gagal difahami pemimpin-pemimpin yang masih tidur dalam buaian kesenangan dunia sedangkan rakyat marhaen menghadapi keperitan yang tidak tertanggung oleh mereka. Ini makin menyebabkan rakyat semakin terhakis kepercayaan mereka kepada pemerintah yang sentiasa membuli. kewajipan mengikut undang-undang, jika tidak dilaksanakan adalah merupakan isu 'breach of trust' yang serius.

Lihat laporan kewangan Kerajaan Terengganu seperti dalam Laporan Jabatan Audit untuk Kerajaan Terengganu 2008 - sebagai bukti wang Negeri tak boleh dilarikan;

1. Penerimaan Daripada Kerajaan Persekutuan (Dana Khas)
2004 2005 2006 2007 2008
150juta 1,015B 1,334B 1,000B 1,408B

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu

Sekalipun Kerajaan Pusat mengumumkan bayaran royalti kepada Terengganu telah dibatalkan dan digantikan dengan wang ihsan bermula tahun 2000, namun sebahagian wang itu tetap terpaksa dibayar langsung kepada Akaun Kerajaan Ndegeri kerana itu adalah kehendak undang-undang, seperti tercatit di jadual di atas. Perjanjian menghendaki wang itu dibayar kepada Negeri dan tidak boleh dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Pusat, apa yang menjadi milik negeri.

Ayuhlah insaf para pemimpinku, masih berbanggakah kalian dengan gelaran yang terpamer, pangkat-pangkat dan darjah kebesaran? Lupakah bahawa amanah itu cukup berat, lantaran urusan amanah akan dipertanggungjawab dihadapan Allah SWT kelak.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...