Kembali Ke Laman Utama

Saturday, November 28, 2009

Mutiara Kata Hikmah

"Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia" - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

"Tuntutlah Ilmu, Tapi Tidak Melupakan Ibadah, Dan Kerjakanlah Ibadah, Tetapi Tidak Boleh Melupakan Ilmu" ~Hassan Basri

BERITAHU PADA YANG TAK TAHU ITU TAHU,KERANA YANG TAK TAHU ITU TIDAK TAHU,MOGA YANG TAK TAHU ITU AKAN TAHU SEBAB DARI YANG MEMBERITAHU.

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupamu,keturunanmu dan kekayaanmu tetapi yang dipandang oleh Allah adalah keikhlasan hatimu dari amal perbuatanmu.

Untuk mendapat bahagia,bongkarlah kekotoran jiwa dari dada,supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban ayam yang ada musang tidak akan dimasuki ayam -Hukamak

Berbahagialah orang yang sentiasa mementingkan menyelidiki aib diri sendiri dan tidak hanya menyelidiki aib orang lain. Sebab bila kita menunjuk,hanya satu jari kepada orang, sedangkan tiga jari menunjuk kepada diri kita sendiri.

Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan, Kerana Dia Juga, Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT, Ada Rasa Bimbang, Sedih Dan Kecewa, Dia Juga Ada Kelemahan Dan Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan. KiTa SeLalu MelihaT, Dia KeTawa, TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka

Saya rela dibahagikan oleh Allah ilmu dan harta untuk musuh kerana sesungguhnya harta akan binasa dalam waktu yang dekat, sedangkan ilmu tidak akan hilang - Ali bin Abi Talib

Suatu bangsa itu akan dapat bertahan selama mereka masih memiliki akhlak,mereka akan hancur habis-habisan apabila akhlak mereka telah rosak = Sauki Bey =-

Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan, Kerana Dia Juga, Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT, Ada Rasa Bimbang, Sedih Dan Kecewa, Dia Juga Ada Kelemahan Dan Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan. KiTa SeLalu MelihaT, Dia KeTawa, TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka

Takwa seorang mukmin itu ada tiga perkara : Bagus tawakalnya pada apa yang tidak dicapainya, bagus redhanya pada apa yang dicapainya dan bagus sabarnya pada apa yang telah hilang daripadany= Nabi Daud a.s

Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam dirimu dan engkau pun peroleh pahala tapi apabila engkau berkeluh kesah akan timbul kelemahanmu dan engkau pun diancam seksa = Al-Asy`ats bin Qais =-

Orang yang ikhlas ialah orang yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan kejahatannya.

Bekerja itu adalah alat yang sebagus-bagusnya supaya manusia itu cinta akan hidupnya.Bekerja itu pahit akarnya tetapi manis buahnya - Hukamak

Anugerah Allah kepada hambanya adalah nikmat,kemudian dicabut nikmat dan digantikan dengan sabar, apa yang diganti itu lebih baik daripada yang dicabutnya - Umar Abdul Aziz-


KATA-KATA HIKMAH HUBAIB

"Tekunlah beramal dan bermujahadah, cintailah ilmu pengetahuan dan cintailah kehidupan akhirat, jadikan diri kamu sebagai pengembara yang sentiasa dahaga dengan cinta Allah, rahmat Allah dan pengampunan Allah. Pandanglah dunia ini bagaikan tempat persinggahan kamu ketika turunnya hujan, apabila berhentinya hujan kamu kembali berjalan menuju ke destinasi asalmu. Sakitilah nafsu mu kerana ia adalah tunggangan syaitan, jika ia lemah maka syaitan akan lemah kerana tiada tunggangan untuk digunakan bagi merosakkan mu. Bakarlah ia dengan api zikir, lemahkan ia dengan kurangkan tidur dan makan, bebankan muatan atasnya dengan ibadat yang khusyu'. Janganlah kamu terikut manusia yang hatinya buta dengan akhirat, mereka mencari kebahagiaan dengan menuruti hawa nafsu sedangkan kamu carilah kebahagiaan dengan menentang hawa nafsu. Hiburan kamu adalah ujian Allah, kesengsaraan kamu adalah kehidupan yang tidak teruji hawa nafsu. Tahanlah lidahmu dari dusta dan umpatan kerana ia menghancurkan amalan kamu sekelip mata bagaikan letupan yang menghancurkan gunung. Berhati-hatilah dalam perjalanan ini, hanya mereka yang berilmu dan beramal serta mengalirkan air mata darah akan tersenyum di alam yang kekal abadi."


kejujuran adalah penting untuk melahirkan sikap setia, ikhlas........agar dlm ke hidupan yang di jalani mendapat ke bahagian dan ke redhan dari yang maha kuasa maka jujurlah segala perkara yang di buat walaupun perit utk di tanggung..........

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...