Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Tuesday, October 6, 2009

SALAHUDDIN AL-AYUBI

salam sejahtera...Assalamualaikum... sedikit cerita ringkas daripada kisah penakluk hebat yang telah menundukkan keangkuhan King Richard The Lion Heart mendapatkan bumi rebutan al-Quds, Salahuddin al-Ayubi......

Dilahirkan di Tikrit, Iraq pada tahun 532 Hijrah bersamaan dengan 1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 Hijrah bersamaan dengan 1193 Masihi. Beliau adalah pengasas Daulat Al-ayyubiyah dan bergelar Sultan Salahuddin. Merupakan seorang pahlawan ISLAM yang paling gagah berani dalam Perang Salib dan berjaya merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian. Beliau lahir setelah hampir 40 tahun kaum Salib menduduki Baitul Maqdis. Keluarga beliau amat taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termasyhur dan beliau pulalah memberikan pendidikan awal kepada kepada Salahuddin.

Beliau terbilang sebagai pahlawan dan panglima ISLAM yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui kawan mahupun lawan.Seorang penulis sejarah mengatakan:”Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama ISLAM bagi agama ISLAM dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana , kerajaan dan duniadiliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam dukacita, dan rakyat meng ikuti keranda jenazahnya dengan tangisan dan ratapan.”Sultan Salahuddin adalah seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk ISLAM.

Hidupnya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar, mengizinkan dirinya untuk dipanggil kedepan pengadilan, malah anak-anaknya diajarnya sendiri tentang ISLAM. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjemaah. Dikatakan bahawa beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas daripada mengerjakan solat berjemaah, walaupun ketika sakit yang membawa kepada ajalnya. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengar bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis bila mendengar hadis. Sudah menjadi kebiasaan bagi Sultan Salahuddin membacakan al-Quran kepada pasukannya menjelang pertempuran berlangsung. Beliau juga sangat disiplin mengqada setiap puasanya yang tertinggal dan tidak pernah lalai menunaikan solat lima waktu sepanjang hayatnya.

gambar diatas adalah makam salahuddin ayubi,di Damascus Syria, ianya pernah ditendang sepak oleh General Goro dari Perancis setelah tamat Perang Salib pada tahun 1917, dan dia berkata berkata "bangunlah wahai Salahuddin!!! kami datang sekarang!!! ucapan ini dilafazkan lantaran tentera Salib berjaya merampas bandar Jerusalem

Sultan Salahuddin hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak mempunyai tanah atau kebun. Walhal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Daulah Ayubiyyah. Kain kafannya adalah betul-betul daripada warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhlal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat.

  (simpanan daripada Pustaka Tarbiyyah Konoha)

3 comments:

  1. salam...disini disebalik kisah ini banyak sudut pandangan kita boleh perhatikan. tp sekadar ingin menyedarkan kita bahawasanya beliau(salahuddin ayubi) yg berbangsa kurdish telah mengangkat islam kemercu tinggi bg negara arab yg berbangsa arab, mksudnya, fahaman nasionalis tidak pernah sebenarnya berjaya mengangkat islam, sebaliknya islamlah yg berjaya mengangkat sesuatu bangsa. blh jadi, bangsa lain di malaysia ini yg akan mengangkat dan menyanjungi islam suatu masa lantaran melayu yg dibangsakan bersama islam tidak mengerti islam yg sebenar2nya

    ReplyDelete
  2. Salam..

    adakah sepersis beliau di sini, mungkin masih lagi sedang menguatkan dir. moga ada:)

    ReplyDelete
  3. saya menanti, mudah2an ia datang dari zuriat saya...ameen

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...