Kembali Ke Laman Utama

Thursday, October 29, 2009

kisah Semut hitam dihatiku dan kucing peliharaan

salam....
saya ada 2 kisah ingin dicoretkan mengenai semut dan juga kucing....
ini bukan rekaan.............

sekadar mengenali semut pada diriku...

tapi saya hanya akan fokus pada sejenis semut saja kerana, maklumlah semua itu banyk jenis dan namanya.... namun saya pun tidak tahu apa nama semut ini dan tergolong daripada golongan jenis apa, sekadar saya namakannya semut hitam kerana warnanya.
biasanya semut ini anda biasa lihatnya apabila bekas gula anda tak ditutup rapat, lalu masuklah ia dan adakalanya mati kerana gula...bak peribahasa, semut mati kerana gula....ataupun apabila anda tertumpah air manis, yang mana dibiarkan sahaja macam tu, pasti "tentera2" kecil ini meluncur laju  meratah hidangan mereka.

kisah ingin saya bawakan hanyalah berkait tentang semut ini dalam kehidupan saya. sebenarnya, saya telah bersumpah bahawa saya tidak akan membunuh semut ini dengan sengaja. ermm..nak tau kisahnya?
semasa saya kanak2 dahulu(tak ingat semasa darjah berapa) saya pergi ke tempat mesin jahit ibu saya, pada mesin tersebut yang ada laci, biasanya ibu saya suka letakkan mata cincinnya. saya kerap bermain kat tempat mesin jahit tersebut bukan sahaja kerana nak tengok mata cincin tersebut, tetapi kerana saya suka memerangkap semut hitam tadi untuk dibunuh dengan cara mengalih tumpuan semut untuk ke bahagian jarum mesin jahit, lalu disitulah saya bunuh semut2 tadi.
saya merasa sangat seronok membunuh semut tersebut, semakin banyak semut dicincang, semakin ghairah saya mencari semut hitam.

pada suatu hari, saya bermain dengan satu mata cincin( batu cincin) yang sebesar kuku pada jari keringking, rupa bentuknya sangat cantik, dan itulah batu cincin yang ibu saya paling suka.
saya mengambilnya lalu meletakkannya diatas lantai, dan dalam keadaan baring saya membelek2 dan menggosok batu cincin tersebut.

secara tak sengaja saya terlepas batu cincin tersebut lalu jatuh ke dalam satu lubang kecil yang tak mampu saya dapatkannya. puas saya mencuba, berjam2 masa dihabiskan. saya sangat takut pada masa itu kerana bimbang dimarahi ibu.

tiba2 saya terlihat pada seekor semut hitam yang tiba2 mengalih tumpuan saya. semut itu berhenti. saya kehairanan, namun tak timbul dihati ingin membunuhnya. saya merasakan seolah2 ia sedang memerhatikan saya. lantaran itu saya merasa sedikit kasihan lalu saya imbau kembali perbuatan saya keatas sahabat2 mereka yang telah mati akibat perbuatan saya.
dengan suara perlahan saya berkata pada semut hitam tadi, "wahai semut.....kalu kamu menolongku ambilkan batu cincin itu, aku berjanji yang aku tidak akan membunuh semut hitam lagi dengan sengaja, semoga Allah perkenankan, semoga kamu faham kataku wahai semut,"

berdoa

saya terus menerus ulangi doa tadi, dan saya tetap perhatikan gelagat semut tadi. semut itu bergerak...di sudut hati saya berkata pada diri sendiri,"bodohnya aku bercakap dengan semut".....
saya tetap tidak berganjak lagi dari memerhatikan pergerakan semut tadi, kemudian semut seekor itu pergi masuk ke suatu lubang bersebelahan dengan tempat batu cincin itu jatuh. saya tiba2 terkejut....
semut tadi bukan keluar berseorangan lagi tetapi dalam jumlah yang ramai!!! saya tidak cam manakah semut asal tadi....kerana semuanya sama....(sehingga sekarang saya masih berpegang janji saya dan teringat pula kisah semut dengan nabi Allah , Sulaiman AS)

apa mereka buat?
mereka beramai2 mendekati batu cincin tersebut lalu mengerumuninya, saya tersentak!!! semut2 ini mengangkat batu cincin secara berjemaah!!!
batu itu kemudiannya dibawa keluar dari lubang, tanpa sempat mereka letakkan diatas lantai, saya terus mengambilnya.....
biarpun masa itu saya masih kanak2, namun saya seakan mengerti bahawa benarlah, makhluk Allah yang lain juga mengerti akan diri kita kerana sama2 juga mereka adalah hamba Allah..sedari peristiwa itu maka saya telah berjanji bahawa saya tidak akan membunuhnya lagi dengan sengaja....(hanya semut ini sahaja yang saya paling cermat bila berjalan melintasinya)
begitulah kisahnya tentang semut.

cerita benar tentang kucing peliharaan

saya sambung sahajalah kerana malas hendak buka page baru dan taklah panjang sangat ceritanya ni.
ia berlaku semasa saya berada di tingkatan 1 SMASID. pagi itu , jam menunjukkan 7.15am, saya sudah terlewat kali ini untuk kekelas, biasanya jam7am saya sudah bertolak.
semasa memakai kasut sekolah, saya terhidu bau najis kucing yang busuk. saya nampak seekor kucing, saya berkata padanya, "kucing...tolonglah cari kat mana datangnya bau najis ni"- saya berkata demikian kerana saya bimbang kalau2 najis tersebut melekat kat pakaian saya... tetiba sahaja kucing cuba mendekati, tetapi bukan kepada saya, ia pergi pada basikal saya lalu menghidu pada satu sudut basikal saya mengisyaratkan kepada saya disitu ada najis.... saya terkejut kerana kucing seolah2 mengerti... saya mengucap kerana fikir betapa hebatnya Allah taala!!!

3 comments:

  1. bismillahirrahmanirrahim...

    Assalammualaikum,,...citer adik ni benar2 myedarkan akak btapa Allah tu sentiasa dekat dengan kita...SubhanaAllah..

    Abdullah bin Abbas pernah bercerita. "Suatu hari aku berjalan di belakang Rasulullah SAW. Saat itu beliau bersabda, ”Nak, kuajarkan kepadamu beberapa kata: Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, niascaya Dia akan senantiasa bersamamu. Bila kau minta, maka mintalah kepada Allah. Bila kau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.....Laa haula walaa quwwata illa billahil. Tiada daya maupun upaya selain atas kekuatan Allah...Pertolongan Allah sangat dipengaruhi kualiti keyakinan kita kepada-Nya....Wallaahu a’lam...minta maafla,pnjang la komennya..bgus cter ni..leh akk cter kt adik2 akk...

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum

    Beberapa hari yang lepas kucing kami mati dilanggar kereta, tak mampu menahan air mata. terasa seperti kehilangan anggota keluarga. menangis sedih kerana kehilangan kucing tak apa ke? adakah ia suatu tangisan sia-sia?

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam...

    tanda kita kasih kepada Allah juga adalah kita menyayangi makhluknya.

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...