Kembali Ke Laman Utama

Friday, October 23, 2009

Karisma seorang pemimpin

Salam. Kali ini saya berpeluang untuk menulis sedikit ulasan bacaan saya sepanjang perjalanan didalam bas semasa ke Seminar Keusahawanan semalam di UMT.

-sekadar hiasan-

“Sejarah akan mencintai anda , jika anda menulis” :- Winston Churchill



“hanya orang yang membaca mampu merubah dunia” :- Lord Chesterfield


Mereka berkarisma kerana kuasa hendak membuat keputusan besar bergantung pada mereka. Pemimpin dilihat seorang yang matang sekiranya berjaya membuat keputusan yang bisa tepat. Setiap keputusan memberi kesan besar kepada ahli pimpinannya.

Unsurnya berdasarkan kemahiran massa yang menakjubkan dan efektif
- merujuk pada tutur bicara mereka, memberi komentar terhadap apa-apa isu yang timbul, matang dalam memberikan kata putus.

Isu sokongan orang ramai dan keterampilan seorang pemimpin penting.
Sokongan daripada ahli amat penting agar setiap gagasan idea pemimpin dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhlaknya, ibadahnya merupakan sasaran cemerlang para pengikutnya mengambil ketokohannya sebagai asas kepimpinan.

Karisma moden menekankan unsur wawasan dalam gaya kepimpinan seorang pemimpin
Wawasan yang jelas berkenaan bagaimana mereka memandu organisasi mereka bagi jangka masa yang panjang walaupun mereka sudah tidak lagi menjadi pemimpin organisasi itu.


Cerita ringkas penuh pengajaran
-sekadar gambar hiasan-

“saya ini presiden awak”

A: bukankah saya sudah suruh awak supaya buat seperti ini.

B: benar, tapi ianya tidak munasabah, kami berbincang tadi, jadi macam tulah jadinya.

A: ooo... awak nak kata ianya tidak munasabah, awak tahukah saya ini “Presiden”!

Semua mata tertumpu pada perbualan mereka.

B: bukankah kamu juga kami yang lantik, siapakah yang melantik seseorang itu ketua?

Moral of the story dan muhasabah diri

Ramai yang beranggapan apabila mereka dilantik ke suatu jawatan, mereka secara automatik menjadi pemimpin. Anda boleh menyohorkan jawatan Yang diPertua, Presiden, Pengarah Yang Berhormat dan lain-lain. Itu adalah simbol kepada jawatan, tetapi seseorang belum tentu menjadi pemimpin dengan adanya jawatan-jawatan itu. Kepimpinan terletak di dalam diri seseorang itu. Membina penghormatan dan kepercayaan adalah perkara yang lebih susah untuk dibina.

Ramai yang menggunapakai ucapan Saidina Abu Bakar apabila dipilih menjadi pemimpin, katanya, “aku bukanlah orang yang layak, bahkan ada orang yang lebih layak daripadaku, tetapi kamu memilihku,maka aku akan berusaha melaksanakannya mengikut kemampuanku”- tahukah anda apa maksud ucapan ini dan apakah anda sedar bila menyebutnya?

Jawatan adalah taklifan. Jawatan adalah amanah. Jawatan adalah tarbiyyah. Jawatan bukanlah suatu perkara yang ingin direbut untuk mencari nama dan kedudukan. Sekiranya jawatan itu berupa bobrok sedemikian, maka tidaklah upaya Rasululullah mencipta qudwah terbaik kepada umatnya, Salahuddin ayubi sianak bangsawan tawadhu’ bersama empayarnya, tidaklah Muhammad Al-Fateh sianak raja menolosori teladan kepada tenteranya menakluk Constantinople, tidaklah Tariq bin Ziyad si hamba suruhan berupaya menakluk Andalusia.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...