Kembali Ke Laman Utama

Thursday, October 15, 2009

KISAH ISTERI UMAR SEBAGAI BIDAN

(sekadar hiasan)

Adapun Amirul Mukminin Umar (r.a) semasa beliau memerintah kerajaannya sebagai seorang khalifah, beliau seringkali meronda jalan-jalan di Kota Madinah berseorangan untuk memelihara serta meninjau keadaan rakyat beliau. Pada suatu malam, beliau telah keluar meronda, tiba2 beliau ternampak sebuah khemah berhampiran tanah lapang. Saidina Umar merasa hairan kerana belum pernah melihat khemah itu sebelum ini. Lalu beliau pun menghampiri khemah tersebut, manakal di luarnya pula tercegat seorang lelaki yang sedang termenung. Lantas beliau pun memberi salam dan bertanya:

Saidina Umar r.a (SU): Assalamualaikum
Lelaki(L): Waalaikummussalam
SU: Dari mana saudara datang?
L: Wahai saudara, sesungguhnya saya adalah orang asing dan datang dari padang pasir yang kering kontang dan tandus semata-mata untuk mengharapkan ihsan dari Amirul Mukminin.
SU: Siapakah pula gerangan yang berteriak di dalam khemah saudara ini?
Dengan penuh pengharapan, orang itu pun bersuara lembut:
L: Hamba berharap tuan dapat menjaga kwajipan saudara sendiri ya
SU: Tolonglah beritahu kepada saya moga dapat hendaknya saya membantu saudara
L: Wahai saudara, jika benar saudara ingin mengetahuinya, akan saya beritahu,
Sesungguhnya didalam khemah itu ialah isteri saya yang sedang meraung kesakitan
Kerana hendak melahirkan anak.
SU: Adakah sesiapa lagi saudara-mara saudara yang berada bersamanya?
L: Tiada seorang saudaraku…

Lalu Saidina Umar pun dengan segera bangun terus pulang kerumahnya.Beliau telah mengabarkan hal ini kepada isterinya Ummu Kalthum (r.a) seraya berkata:

SU: Wahai isteriku, sesungguhnya ALLAH S.W.T telah membuka jalan bagimu, jalan yang mulia disisi ALLAH S.W.T supaya engkau berpeluang berbuat jasa pada malam ini.

Dengan rasa terkejut dan penuh pengharapan lantas Ummu Kalthum r.a (UK)

UK: Apakah maksudmu wahai Amirul Mukminin?
SU: Dengarlah wahai isteriku, bahawa di pinggiran hujung sana terdapat sebuah khemah
yang mana penghuninya pula datang dari padang pasir yang kering dan tandus dan
didalamnya terdapat seorang perempuan yang menangis kesakitan kerana ingin melahirkan anaknya tanpa saudara disisi.
UK:wahai suamiku ya Amirul Mukminin,daku bersedia merawatnya demi untuk merawatnya demi kewajipanku,bagi daku menyempurnakan hasrat keinginan dan kesucian hati suamiku.

Diterangkan di sini adalah Ummu Kalsum (r.ha) ,anak perempuan kepada Fatimah(r.ha) dan cucu kepada junjungan nabi besar kita Muhammad(s.a.w).Bukan mudah untuk menolak dalam saat-sat yang genting ini dari seorang saudara perempuan yang memberi pengubanan yang mana merupakan satu tugas yang merupakan isi mutiara yang ada terhadap mereka sifat-sifat kemanusiaan yang ada segaal fahaman sifat keagamaan-inilah satu bakti yang paling disukai dan diredhai Allah S.W.T.

SU:Oleh itu wahai isteriku,segarakanlah kerjamu itu.Bawalah bersama-samamu cerek,sedikit mentega serta alat-alat yang diperlukan.

Ummu Kalsum(r.ha) telah mengikut apa yang disuruh oleh suaminya.Apabila sampai Ummu Kalsum terus masuk ke dalam khemah,sementara Umar menyalakan api untuk memasak

UK:Ya Amirul Mukminin ucapkanlah tahniah tanda kesyukuranmu untuk saudaramu ini kerana kelahiran anak lelaki yang dilahirkan.

Timbullah perasaan malu oleh penghuni khemah.Barulah meraka tahu bahawa selama ini yang bersusah payah menolong meraka adalah Amirul Mukminin.

SU:Tidak mengapa saudara,janganlah kedudukan saya ini membebankan perasaan saudara.

Setelah itu Ummu Kalsum memberi makan kepada perempuan tersebut.Setelah itu Umar mengajak pemuda tersebut untuk datang ke rumahnya untuk membantu pasangan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...