Kembali Ke Laman Utama

Wednesday, September 23, 2009

AS-SYAHID DR ABDULLAH AZZAM

Pada tahun 1941 M, hasil perkongsian hidup antara Haji Yusuf Mustafa Azzam dengan Zakiyah Salleh Husain Al-Ahmad lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama Abdullah. Beliau dilahirkan di kawasan perumahan yang dikenali sebagai Harrah As Syawahimah, diseduah kapung di utara Palestin iaitu Kampung Silah Al-Harithiyah. Keluarga “Azzam” merupakan salah sebuah keluarga yang terkenal dan dihormati di Palestin hinggalah kehari ini. Boleh jadi juga kemasyhuran dan penghormatan yang diberikan kepada keluarga ini sengaja ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T kerana dari keluarga ini sengaja ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T kerana dari keluarga tersebutlah lahirnya seorang pahlawan Islam dan merupakan mujahid agung dikurun ini. Beliau ialah As-Syahid Dr. Abdullah Azzam.Ini mengingatkan kita kepada penghormatan yang diberikan kepada orang-orang Arab di zaman Jahiliyyah kepada keluarga atau Bani Quraisy. Dari kabilah inilah lahirnya pembawa cahaya akhir zaman

Adapun keluarga Al-Ahmad pula (keluarga sebelah ibu) merupakan sebuah keluarga yang mempunyai pertalian hubungan yang rapat dengan keluarga Azzam. Semenjak kecil lagi As-Syahid Dr Abdullah Azzam telahpun menunjukkan sikap dan sifat berbeza dengan kanak-kanak lain. Beliau banyak menghabiskan masa dengan membaca buku dan beribadat. As-Syahid memulakan pengajian di peringkat rendah di sebuah sekolah di kampung sendiri. Kepintaran yang dimilikinya telah membolehkan beliau melanjutkan pelajarannya di Kolej Persediaan Pertanian walaupun usianya masih muda. Kepintaran yang dimilikinya telah membolehkan beliau melanjutkan pelajarannya di Kolej Persediaan Pertanian walaupun usianya masih muda. Dalam usia tersebut, beliau telah berjaya lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan dan dianugerahkan Sijil Diploma Pertanian. Permulaan jihad beliau ialah di ketika mana bumi palestin pertama kalinya diceroboh oleh tentera Yahudi, As-Syahid telah mengumpulkan seberapa ramai pemuda untuk melancarkan jihad. Kemasukan kereta2 kebal Yahudi di depan matanya amat menghiris hati, perasaan dan jiwa serta menaikkan semangat beliau untuk melancarkan jihad.

Beliau telah mengenepikan kemewahan hidup dan kerjyanya sebagai Pensyarah di Universiti Malik Abdul Aziz, Jeddah demi melihat ISLAM tetap teguh dan tegak di atas muka bumi ini. Seluruh masa, tenaga dan pemikiran beliau kini hanyalah untuk ISLAM yang tercinta. Tidak pernah ada rasa jemu dan putus asa dalam diri beliau untuk terus memartabatkan ISLAM.Sebagai petugas sepenuh masa yang sentiasa bersedia berkorban masa, harta dan jiwa pada jalan ALLAH, beliau tidak dapat lari daripada ancaman dan halangan dan halangan dari pihak musuh. Kerana irihati dan cemburu pihak musuh terhadap semangat jihad yang ditiupkan beliau, beliau akhirnya syahid bersama dua orang puteranya dalam satu siri pengeboman yang telah dirancang rapi oleh puak musyrikin. Detik bersejarah ini berlaku semasa beliau dalam perjalananke sebuah masjid tidak jauh dari rumahnya untuk menunaikan solat fardhu JUMAAT. Sebelum kejadian, beliau sempat berpesan kepada isterinya bahawa jangan sekali-kali dijadikan alasan untuk menghalang anak-anaknya dari terus mempertahan dan memperjuangkan ISLAM sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepadanya. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada beliau dan kedua puteranya ditempatkan di sisi kekasih-kekasih Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...