Hadis An-Nasai Nombor 1413
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَيْتُ الطُّورَ فَوَجَدْتُ ثَمَّ كَعْبًا فَمَكَثْتُ أَنَا وَهُوَ يَوْمًا أُحَدِّثُهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيُحَدِّثُنِي عَنْ التَّوْرَاةِ فَقُلْتُ لَهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ فِيهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُهْبِطَ وَفِيهِ تِيبَ عَلَيْهِ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ مَا عَلَى الْأَرْضِ مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا وَهِيَ تُصْبِحُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ مُصِيخَةً حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ شَفَقًا مِنْ السَّاعَةِ إِلَّا ابْنَ آدَمَ وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يُصَادِفُهَا مُؤْمِنٌ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ فَقَالَ كَعْبٌ ذَلِكَ يَوْمٌ فِي كُلِّ سَنَةٍ فَقُلْتُ بَلْ هِيَ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ فَقَرَأَ كَعْبٌ التَّوْرَاةَ ثُمَّ قَالَ صَدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ
-------------------------------------------------------------------
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَيْتُ الطُّورَ
Daripada abi Hurairah r.a kata dia ,
suatu hari aku ke bukit thur,
فَوَجَدْتُ ثَمَّ كَعْبًا
aku jumpa dengan kaab di situ,
فَمَكَثْتُ أَنَا وَهُوَ يَوْمًا
aku abu Huraira dengan kaab 2 orang
bermalam di situ,
أُحَدِّثُهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيُحَدِّثُنِي عَنْ التَّوْرَاةِ
waktu abu Hurairah bermalam, mereka
berkongsi ilmu hadis-hadis nabi, kaab Kongsi kitab taurat.
فَقُلْتُ لَهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ فِيهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ
Abu Hurairah bagitahu dekat kaab:
Nabi saw bersabda nabi kata, sebaik-baik hari matahari terbit pada hari itu adalah
pada hari jumaat, maksudnya daripada 7 hari seminggu ni hari yang paling baik
adalah hari jumaat. pasal apa hari terbaik, kerana nabi bagitahu
فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ
kerana Adam dicipta pada hari jumaat,
وَفِيهِ أُهْبِطَ
pada hari jumaat juga adam diturunkan
ke bumi. Kita dah tahu cerita adam as langar perintah Allah, maka sebagai
hukuman dia, dia diturunkan ke bumi. Dia
dicipta pad hari jumaat dan dia diturunkan juga pada hari jumaat.
Dan pada hari jumaat dia bertaubat
dan taubat dia diterima Allah.
وَفِيهِ قُبِضَ
hari jumaat juga adam mati , adam
wafat pada hari jumaat
وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ
dan kata nabi saw pada hari jumaat
juga akan berlaku kiamat. Nabi bagitahu siap-siap dah (ini diantara benda-benda
yang dikatakan sebagai futuristic, benda yang tak jadi lagi tapi nabi bagi tau
atas ilmu yang diberi kepada dia)
مَا عَلَى الْأَرْضِ مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا وَهِيَ تُصْبِحُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ مُصِيخَةً حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ شَفَقًا مِنْ السَّاعَةِ
Nabi saw bagitau nabi kata tidak ada
satu makhluk pun melainkan apabila dia Celik mata dia jaga pada pagi jumaat,
takut dia sehinggalah terbit matahari takut dia hari tu hari kiamat
إِلَّا ابْنَ آدَمَ
melainkan manusia nabi kata. Lain
daripada manusia binatang2 ternakan
daripada macam2 jenis ni apabila dia
celik mata pagi jumaat je selagi tak terbit matahari selagi tu dia dalam
ketakutan,Lembu takut, ikan-ikan di lautan takut, semua takut, bila mereka
Celik mata hari ni hari jumaat takut mereka ni sehingga matahari betul betul
terbit dari timur, baru hilang takut mereka itu, nabi sebut tadi
إِلَّا ابْنَ آدَمَ
Melainkan manusia, manusia dia hari
apa pun dia tak peduli. Hari isnin ke, khamis ke, hari raya ke dia tak takut.
Kalau orang yang beringat ni nabi kata apa,bila celik mata pagi tak kira hari
apa, terbit di mulut dia, dia baca
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ
Itu Doa bangun tidur (itu doa nabi
baca tiap2 kali bangun dari tidur tiap2 pagi-tidur tu mati)
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا
“Segala puji bagi Allah, Tuhan yang
telah menghidupkan kami kembali
بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا
selepas daripada tadi kami mati, tidur
tu mati
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ
“Segala puji bagi Allah, Tuhan yang
telah menghidupkan kami selepas daripada kami mati, وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ dan kepada Allah
lah kami akan dibangkitkan Kembali”
itu orang beringat kepada Allah ingat
kepada hari mati itulah cerita hidup dia.
Muslimin sekalian,
Macam tulah hakikat hidup manusia,
kita tak kekal selamanya kita tak tahu tuhan nak matikan kita bila hidup sampai
bila. Cerita kita ni tentang apa? Pastikan kita Celik mata sampai kita pejam
mata, kita buat benda baik,itu aja, jangan buat jahat jangan ingat nak buat
jahat, pasal kita tak tahu bila masa kita.
Muslimin sekalian Dan nabi saw kata lagi
Kata abu Hurairah , dia duk cerita
benda ni kepada Kaab, Abu Hurairah kata dan Nabi bersabda lagi
وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يُصَادِفُهَا مُؤْمِنٌ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
Nabi kata dalam hari jumaat tu dia
ada satu saat, dia ada satu moment dia ada satu ketika yang pada ketika itu
manusia minta apa sahaja kepada Alah , kalau bertepatan dengan masa yang tuhan
maksudkan itu,
إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
melainkan tuhan pasti perkenankan permintaan
dia.
Dalam 24j hari jumaat tu,kita Celik
mata jumaat pagi sampai nak habis jumaat tu dalam tempoh masa hari jumaat tu
padanya ada satu ketika
يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا شَيْئًا
Dia mintalah apa pun kepada Allah
إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
Melainkan tuhan bagi kepada dia, Bila masa tu , itu menjadi rahsia Allah swt,
Dalam satu hadis kata masa tu
bermula daripada khatib duduk di atas
mimbar sehingga selesai khutbah, ada kata macam tu ada kata masa tu diantara 2
khutbah, ada yang kata masa tu bermula terbit fajar sehinggalah sebelum terbenam fajar.ada 1 saat
bila, Wallahuaklam.
Cuma nabi kata siapa yang minta pada
hari jumaat ni, tiba2 doa tu jatuh tepat pada masa Allah jadikan sebagai saat mustajab
doa,
إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
melainkan Allah swt bagi pada dia apa
yang diminta.
Muslimin sekalian
فَقَالَ كَعْبٌ
Berkata Kaab, Kaab yang alim pasal
kitab taurat ini, bila dengar abu Hurairah bercerita pasal keistimewaan hari jumaat ada saat
mustajab doa ,
فَقَالَ كَعْبٌ
Kaab kata
ذَلِكَ يَوْمٌ فِي كُلِّ سَنَةٍ
Bukan, tak betul tu, saat yang
mustajab doa itu bukan satu saat hari
Jumaat,Saat mustajab doa itu kalau berdasarkan kitab taurat dia kata dia ada 1 hari dalam setahun. Kaab
kata bukan pada jumaat tapi 1 hari dalam setahun.
فَقُلْتُ بَلْ هِيَ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ
Abu hurairah kata lagi, tak, aku ingat lagi bahkan aku pasti yang nabi
kata saat itu ialah suatu saat dalam hari jumaat bukan 1 hari dalam setahun.
Abu Hurairah pasti tentang tu
فَقَرَأَ كَعْبٌ التَّوْرَاةَ
Kaab pun tak puas hati dia balik dia
study balik kitab taurat tu, dia check balik
ثُمَّ قَالَ
Kaab Kemudian dia pergi jumpa abu hurairah
صَدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ
Dia kata betul apa yang nabi kata, dalam taurat pun bagitahu
saat itu ialah suatu saat dalam hari jumaat, aku silap dia kata.
Hadis ini hadis sahih Riwayat an Nasai Panjang lagi.
Muslimin sekalian
Hari jumaat ni hari yang istimewa, hari dicipta adam, jumaat
itu adalah sayyidul ayyam min usbu’, dia adalah penghulu kepada 7 hari yang
ada. Maka sesuai dengan itu kita kena tahu adab2 dalam nak menerima jumaat itu.
Diantaranya hadis yang Riwayat abi said al khudri r.a
النبي صلى الله عليه وسلم: (غسل يوم الجمعة واجب على كل محتلم، وسواك، ويمس من الطيب ما قدر عليه
Riwayat imam muslim
Nabi kata
Wajib (nabi saw kata wajib) ke atas
setiap orang islam ni 1. mandi pada hari jumaat, wajib ke atas setiap orang
islam ini bersiwak (gosok gigi) sebelum pergi solat jumaat dan wajib ke atas
setiap orang islam ini berwangi-wangian sebelum solat jumaat, setakat mana dia
mampu melakukannya.
Hadis sahih Riwayat muslim
Imam Nawawi kata apa, dalam
menafsirkan hadis ini walaupun nabi sebut Nampak macam wajib tapi sebenarnya ia
sunat yang dituntut. Nabi sebut dengan lafaz wajib nak kata sangat penting
benda ni jangan tak buat. Nabi kata sangat penting bagi kita orang laki2 ni
mandi dulu, gosok gigi dulu, pakai pakaian yang elok2 dulu, dan wangi2 dulu
baru pergi solat jumaat. Nabi sebut bend ani sebagai wajib sebagai nak tunjuk
besarnya tuntutan ke atas perbuatan2 itu.
Kedua.
Hadis Riwayat daripada Aus bin Aus R.a kata dia
- إنَّ من أفضلِ أيَّامِكُم يومَ الجمعةِ فيهِ خُلِقَ آدمُ وفيهِ النَّفخةُ وفيهِ الصَّعقةُ فأكْثِروا عليَّ منَ الصَّلاةِ فيهِ فإنَّ صلاتَكُم معروضةٌ عليَّ قالَ قالوا يا رسولَ اللَّهِ وَكَيفَ تُعرَضُ صلاتُنا عليكَ وقد أرِمتَ - يقولونَ بليتَ - فقالَ إنَّ اللَّهَ عزَّ وجلَّ حرَّمَ علَى الأرضِ أجسادَ الأنبياءِ
Hadis sahih Riwayat ibnu majah
Daripada aus bin aus
Orang arab ni biasa, nama anak dengan ayah sama, kata dia
nabi saw bersabda “Sesungguhnya hari yang paling afdhal ialah hari jumaat, pasal
apa adam dijadikan hari jumaat, hari jumaat
ditiup sangkakala, dan pada hari jumaat berlaku kiamat. Maka
perbanyakkanlah selawat kepada aku pada hari jumaat itu. Mulut ni kalau duk
selawat (selawat). Nabi saw kata kerana setiap kali umat nabi Muhammad ni
selawat,selawat tu dibentangkan kepada aku. Nabi saw kata tiap kali kita ni
selawat, tiap2 kali tu lah selawat tu dihantar kepada nabi. Bila nabi saw kata
macam tu sahabat tanya.
Ya Rasulullah macam mana selawat umat kamu ni sampai dekat
tuan sedangkan Ketika itu tuan akan mati, tubuh tuan akan mereput, sahabat duk
kata macam mana selawat ni nak dibentangkan kepada tuan.
Nabi kata apa? Allah mengharamkan ke atas bumi makan jasad
para nabi. Nabi nak bagitahu pada kita, walaupun zahirnya mati, di sisi Allah
mereka hidup dan diberi rezeki. Maka perbanyakkanlah selawat kepada baginda
saw.
Ketiga Tunaikan solat tahiyyatul masjid, bahkan walau tengah
khutbah kerana berdasarkan satu hadis ada seorang sahabat nabi datang nabi
sedang khutbah dia masuk dan terus duduk, nabi suruh dia bangkit dan solat 2
rakaat tahiyatul masjid. Dan ulama2 dalam
menghuraikan solat tahiyatul masjid itu hendaklah ditunaikan seringkas2nya,
maksudnya apa memadai dengan fatihah sahaja tak perlu surah. Yang ni tak perlu
explain pun kita pun buat macam tu.
No comments:
Post a Comment