Assalamualaikum
wbt
Yang berusaha
Raisah, Puan Hajah Mastura bt Zakaria, tetamu undangan kita pada pagi ini Encik
Danial ar Rashid bin Aminar Rashid (Ahli Majlis Zon 3 Majlis Bandaraya Shah
Alam), barisan guru-guru, para ibu bapa serta murid-murid sekalian.
Alhamdulillah
dengan berkat doa yang kita panjatkan kehadrat Allah sebentar tadi, kita
panjatkan rasa syukur dengan limpah kurnia Nya, seluruh keluarga besar
Safinatun Najah dapat berhimpun di majlis Hari Sukan Tadika dan Sekolah Islam
Integrasi Safinatun Najah bagi kali ke-23, tahun 2019.
Hadirin Hadirat Sekalian,
Di kesempatan ini
saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada para guru dan khola yang
bertungkus lumus untuk memastikan Hari Sukan kali ini berjalan lancar, dan
syabas diucapkan kepada para ibu bapa yang turut hadir memberikan komitmen
berterusan kepada aktiviti yang dianjurkan. Tak lupa juga kepada seluruh tenaga
sokongan dan bantuan secara langsung dan tidak langsung diberikan oleh semua
pihak untuk majlis hari ini. Semoga Allah jua yang membalasnya.
Bertemakan slogan
“Ayuh, Serlahkan Bakatmu!” dengan bercirikan “Survival Sports” bagi setiap
acara sukan yang dipertandingkan, sudah pasti kumpulan kumpulan rumah sukan
pada hari ini akan mempamerkan aksi jagoan mereka merebut kejuaraan di medan
acara setiap tahap. Ingatlah sabda Nabi saw, Sesungguhnya Allah amat mencintai
hamba mukminnya yang kuat berbanding yang lemah.
Berilah sokongan
padu kepada ahli pasukan yang bertanding, jagalah adab dan akhlak di samping
peraturan pertandingan di padang. Menang kalah adalah adat pertandingan, tetapi
yang penting ialah kita semua dapat mengekalkan semangat kesukanan dan juga
ukhuwah yang terbina.
Di tadika dan Sekolah Islam Integrasi Safinatun
Najah kita memahami sukan bukan sekadar satu aktiviti tahunan yang di
nanti2kan. Lebih dari itu , ia adalah sebahagian dari gayahidup sihat se orang
mukmin. Maka ia perlu di terap dan di budayakan secara istiqamah. Tambahan pula
di era digital yang mana banyak masa kita di habiskan dengan gajet untuk
pelbagai tujuan.
Berada di padang atau di
gelanggang , menghirup udara luar , berpeloh, meregang otot, berlari, melompat
dan lain2 gaya kini menjadi sesuatu yang jarang kelihatan. Kalau ada pun di
hujung minggu sahaja. Lama kelamaan tanpa di sedari ia akan memberi kesan
kepada tahap kesihatan atau fitness setiap individu. Tidak lah menghairankan
jika statistik pesakit turut meningkat dari masa ke semasa.
Justeru kesukanan di peringkat
tadika dan sekolah mesti lah di lihat dari perspektif nya yang tepat sebagai
satu komponen penting pendidikan murid yang seimbang . Dari situ akan lahirlah
generasi yang cergas fisikal dan cerdas mental demi survival ummah di masa
hadapan insyaallah.
Pihak pengurusan Safinatun
Najah sentiasa mengambil inisiatif dan dayausaha memperbaiki pendedahan ,
latihan dan pengalaman murid2 pelbagai peringkat usia dari tahun ke tahun.
Keterbatasan infrastruktur bukan lah satu alasan menafikan peluang permainan dan
kecergasan generasi muda aset kita yang sangat berharga ini. Dengan polisi dan
modul latihan atlit muslim yang jelas kita mampu melaksanakan kemajuan sukan
mengikut edaran zaman dalam acuan yang di redhai oleh Allah swt.
Selamat berjuang
kepada semua pasukan hari ini, “Ayuh, Serlahkan Bakatmu!”
sekian, Assalamualaikum wbt.
Mohd Azlan bin Kahlid
Pemangku Mudir
Sekolah Islam Integrasi Safinatun Najah
21 April 2019 / 15 Sya'ban 1440H
No comments:
Post a Comment