Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 17, 2018

Luahan lubuk Tarbiyah

Assalamualaikum wbt

Allahumma Sholli 'ala Muhammad wa'ala aalihi wasohbihi ajma'in

Syukuri Nikmat Allah

Banyak pemberian diberikan kepada kita sama ada kita minta atau diberi tanpa pinta. Ia datang dalam pelbagai bentuk, sama ada kesihatan, cahaya mata, kekayaan harta, keselamatan dan keamanan, jiwa yang tenteram serta hati yang lapang. Nikmat bagi segala nikmat iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam yang kekal memberi manfaat sehingga ke alam akhirat.

Sabar Dalam Ujian

Manusia tidak ada yang terlepas dari menghadapi segala bentuk cabaran dan diuji pelbagai rupa. Segalanya perlu diharungi dengan bekalan sabar dan semangat yang kuat dan iltizam yang tinggi. Ujian dilalui seluruh para nabi Allah dan RasulNya. Ujian membentuk kecekalan hati, mengajar pengalaman yang meluas, memberi kekuatan jatidiri kepada semua yang diuji. Pun begitu, orang yang dekat dengan jalan Tuhan pasti terserlah bekalan rohani yang memandu jalan hidupnya.

Pandangan Tajam

Orang mukmin pemerhatiannya lurus, hatinya tulus. Mereka memandang dunia sebagai wasilah kepada akhirat yang kekal abadi. Wawasan akhiratnya jelas, tidak terbantut dengan godaan dunia yang menipu. Sebaliknya bagi orang yang kufur, dunia adalah tiada pangkal hujung menuju fana. Pandangan orang mukmin menembusi zahir menuju lubuk kebenaran kerana kuatnya ikatan amalan berpandukan kitab al Quran dan panduan hadis Nabi yang mulia.

Muhasabah Harian

Segala tindakan kita seharian ada benar dan silapnya. Namun dalam kebenaran juga, terdapatnya kekhilafan menelusuri hati-hati manusia sekeliling. Justeru dalam kerendahan jiwa, letaklah ego yang memerintah jiwa dengan mengakui segala kelemahan dan belajar serta berguru dengan manusia sekeliling. Alam semesta merupakan bilik darjah terbaik memerhatikan keindahan serta kebesaran Allah, pemilik segala isi langit dan isi bumi. Lihatlah jauh ke sudut tindakanmu, pasti ada yang perlu diperbaiki. Segala lisanmu pasti ada kerosakan kepada yang mendengarnya. Segala tindak tanduk tanganmu pasti ada yang terluka. Biarkan hatimu berpaut pada kebesaran Tuhan kerana Dialah pemilik hati-hati manusia.

Sekian,

Mohd Azlan bin Kahlid

No comments:

Post a Comment