Assalamualaikum.
Lama tak menulis secara santai. Dan hari ni dah mula nak menulis ringkas2 sudahla. Blog ini menyimpan seribu satu kenangan. Suka dan duka. Sejarah yang tersisip serta ilmu yang dikongsi bersama.
Hampir 2 minggu sudah berlalu, di mana saya telah resign jawatan saya di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu -MAIDAM Terengganu. Kini saya sudah berhijrah ke negeri orang merantau di Selangor pula bersama keluarga saya.
Baru2 ini juga saya telah menghadiri temuduga bank Islam. Nampaknya saya harus bersabar menanti panggilan kerja. Mudahan Allah memberi rezeki kepada kami untuk kerjaya baru nanti. Temuduga sudah lama saya tak hadiri malah agak kekok berinteraksi dalam bahasa English lantaran kerjaya lama banyak berinteraksi dalam bahasa Malaysia.
Pengalaman temuduga itu indah. Bukan sekali saya hadiri temuduga. Percubaan demi percubaan dengan penuh harapan. Sudah pasti saya mahu berjaya dalam setiapnya. Mudahan temuduga minggu lalu mendapat khabar gembira buat saya. Ya Allah, permudahkanlah urusan kerja kami dan kurniakanlah limpahan rezeki dari segenap nikmatMu kepada hambaMu ini. Ameen.
Catatan
:Mohd Azlan bin Kahlid
01:06pagi, 13 November 2015,Sayyidul Ayyam-Jumaat
No comments:
Post a Comment