Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Saturday, September 12, 2015

Pertandingan Memancing Maidam Terengganu

Jeram, Manir, 12 September 2015: Hampir 30 peserta berdaftar terdiri daripada kakitangan Maidam melalui Kelab Rekreasi dan Sukan Maidam (KARISMA) Terengganu berkumpul seawal jam 08.30pagi bagi acara pertandingan memancing. Tanpa bayaran pertandngan, atucara ini dianjurkan sebagai memenuhi objektif Karisma yang berfungsi sebagai kelab yang memberi ruang ahlinya beriadah dalam acara yang dianjurkan sepanjang tahun.

Bagi saya sendiri, memancing salah satu daripada hobi yang agak lama tidak disertai. Alhamdulillah, dalam pertandingan ini dapat juga nombor tiga dan hadiah cabutan bertuah. Hadiah ni kiranya sudah memadai kerana tanpa sebarang bayaran penyertaan untuk ahli. Joran pancing pun meminjam dengan Zainal bin Harun sebelah saya. Johan, Abdul Rashid bin Abdullah, Naib Johan: Zainal bin Harun dan saya tempat Ketiga, Mohd Azlan bin Kahlid.

Acara keseluruhan berakhir pada jam 11.30 pagi.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...