Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Thursday, August 21, 2014

Zakat Tabung Haji


Adakah pendeposit TH wajib membayar zakat simpanan atas wang simpanannya di TH ?
Jawapan: 
Wang simpanan pendeposit-pendeposit TH disatukan dalam Kumpulan Simpanan Pendeposit-pendeposit dan dijadikan sebagai modal perniagaan. Modal perniagaan ini dilabur oleh TH dalam bidang-bidang perniagaan seperti pelaburan harta tanah, bangunan, perladangan, perusahaan dan bidang-bidang lain yang halal mengikut lunas-lunas Islam. Kumpulan Wang simpanan Pendeposit ini hanya digunakan oleh TH untuk tujuan perniagaan.

TH membayar zakat perniagaan bagi pihak pendeposit dan dengan demikian pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat simpanan ke atas wang simpanannya di TH.

Kenapakah pendeposit TH tidak diberi resit zakat supaya mereka boleh tuntut pelepasan cukai pendapatan ?
Jawapan: 
TH membayar zakat perniagaan, bukannya zakat simpanan perseorangan, dengan ini resit zakat tidak dikeluarkan kepada pendeposit. 

Sumber: Laman web rasmi Tabung Haji 

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...