Kembali Ke Laman Utama

Monday, June 2, 2014

Zakat KWSP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.


 Daripada Abu Hurairah r.a katanya dari Rasulullah s.a.w sabdanya yang bermaksud : “ Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf, Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawadhukepada Allah, maka Allah akan menaikkan darjatnya “.  (Sahih Muslim)

Pada kali ini secara ringkasnya, ana kongsikan pada pengunjung persoalan berkenaan zakat KWSP.Zakat KWSP secara praktiknya telah diwajibkan pembayarannya di seluruh negeri di Malaysia. Adapun ana kira tidaklah ramai yang mengetahui bahawa wang KWSP pun perlu dizakatkan lantaran kurangnya pendedahan. Tuan/puan boleh merujuk link ini juga (klik di sini) untuk bacaan sewajarnya.

Oleh kerana pencarum KWSP mencarum setiap bulan, malah berlalu banyak tahun (melepasi banyak haul-setahun), dalam tempoh pencaruman itu, tidak dikenakan zakat lagi atas simpanan KWSP dalam tempoh mencarum berkenaan, kerana ia sudah tidak melengkapi syarat-syarat wajib yang utama iaitu "tidak sempurna milik", walaupun wang dalam Kwsp berkenaan telah mencukupi syarat wajib yang lain iaitu cukup nisabnya, dan telah berlalu banyak haul.

Oleh yang sedemikian, zakat ke atas wang kwsp ini tertangguh sehinggalah wang berkenaan sempurna pemilikannya (yakni apabila wang berkenaan dikeluarkan daripada kwsp). Dikenakan zakat hanyalah 2.5% sahaja atau 1/40 daripada jumlah yang dapat kita keluarkan.

Adapun perlu diingatkan bahawa 2.5% zakat dikenakan terhadap berapa yang kwsp keluarkan kepada kita. Jika dapat keluarkan separuh sahaja, contohnya kwsp serahkan 50% sahaja daripada keseluruhan kita dapat, maka, zakat ke atas nilai 50% tadi dikenakan (yang telah sempurna milik)

Namun, ada sesetengah transaksi bagi pencarum yang tidak mendapat wang kwsp terus ke "tangannya" kerana wang berkenaan dibayar/dikreditkan kwsp kepada pihak ketiga, sebagai contoh bayar kepada pihak perumahan melalui bank, maka duit berkenaan walaupun tidak terus dapat ke tangan kita, ia masih tertakluk kepada hak berzakat.Ini bermakna, setelah wang dikeluarkan walau kepada siapapun duit itu mengalir sama ada pihak anda atau kepada mana-mana pihak, ia tetap dikenakan zakat. (Rujuk link ana beri tadi apakah skim biasanya wang pencarum dibayar kepada pihak ketiga).

Zakat Kwsp yang dikeluarkan itu adalah tertakluk kepada Zakat Wang Simpanan, hendaklah sebaik-baiknya diserah/dikeluarkan kepada amil agar dapat dinikmati oleh asnaf yang lebih ramai, berbanding agihan sendiri kepada satu asnaf yang ditumpu sahaja.

-"Binalah kehidupan berkat dengan berzakat, Keluarkan zakat rezeki bertambah, Zakat Membawa Berkat"- 

Mohd Azlan bin Kahlid,
BBA.(Hons) Islamic Banking
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu. 

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...