Soalan:
Sekiranya Islam adalah agama
terbaik, mengapa ramai orang Islam tidak jujur, tidak boleh diharap dan
terlibat dalam aktiviti seperti menipu, rasuah, berurusan dengan dadah dan
sebagainya?
Jawapan:
1. Media Memburukkan Islam
ü
Islam tanpa ragu adalah agama terbaik tetapi
media dikuasai orang barat yang takutkan tentang Islam. Media terus menerus
menyiarkan dan menerbitkan maklumat yang menentang Islam dan mewujudkan gejala
Islamofobia. Mereka sama ada menyiarkan maklumat salah tentang Islam,
menyalahtafsirkan Islam atau menonjolkan fakta yang melampau, sekiranya ada.
ü
Apabila ada bom meletup di mana-mana, orang
pertama yang didakwa tanpa bukti adalah orang Islam. Ini tersiar sebagai berita
utama. Kemudian, apabila mereka dapati bukan orang Islam yang bertanggungjawab,
ia tersiar sebagai bahan berita kecil sahaja.
ü
Apabila seorang lelaki Islam yang berumur 50
tahun mengahwini seorang gadis berumur 15 tahun dengan persetujuannya, ia
tersiar di muka depan tetapi apabila lelaki bukan Islam yang berumur 50 tahun
merogol budak berumur 6 tahun, ia mungkin tersiar di muka bahagian dalam
sebagai “Berita Ringkas”. Setiap hari di Amerika, secara purata 2,713 kes
jenayah rogol berlaku tetapi tidak tersiar kerana ia sudah menjadi satu cara
hidup orang Amerika.
2. Kambing Hitam (Black Ship) Dalam Setiap
Komuniti
Saya menyedari bahawa ada orang Islam yang tidak
jujur, yang tidak boleh diharap, menipu dan sebagainya tetapi media
menggambarkan seperti hanya orang Islam yang terlibat dalam aktiviti seperti
itu. Sememangnya dalam setiap komuniti ada “Black Ship”. Saya juga mengenali
orang Islam yang ketagih arak.
3. Orang Islam Adalah Yang Terbaik Secara
Keseluruhannya.
Sungguhpun terdapat “Black Ship” dalam komuniti orang Islam,
umat Islam secara keseluruhannya merupakan komuniti yang terbaik yang tidak
meminum arak. Pada umumnya, kami adalah komuniti yang paling banyak member amal
jariah di dunia. Tiada seorangpun di dunia ini yang dapat menandingi orang
Islam dari segi kesopanan, keseriusan dalam sifat-sifatnya, teika dan
nilai-nilai kemanusiaan.
4. Jangan Menilai Sebuah Kereta Melalui
Pemandunya.
Jika anda ingin menilai betapa baiknya model “Mercedez”
yang terbaru dan seseorang yang tidak tahu memegang stereng lalu meremukkan
kereta, siapa yang anda persalahkan? Kereta atau pemandunya? Tetapi secara tabi’e,
pemandu yang dipersalahkan. Untuk menganalisis betapa baiknya sebuah kereta,
jangan lihat pada pemandunya tetapi lihat kepada keupayaan dan ciri-ciri kereta
tersebut. Berapa kelajuannya, apakah purata penggunaan minyaknya, dan apakah
langkah-langkah keselamatannya. Sekiranya saya bersetuju sekadar untuk berhujah
bahawa orang Islam itu jahat, kita tidak boleh menilai Islam melalui
pengikutnya. Jika anda ingin menilai Islam, maka buatlah menerusi
sumber-sumbernya yang sahih, iaitu al-Quran dan Hadis Sahih.
5. Menilai Islam Melalui Pengikutnya Yang
Terbaik, Iaitu Nabi Muhammad Saw
Jika anda ingin menilai betapa baiknya sebuah kereta,
letakkan seorang pemandu yang mahir untuk memegang stereng. Begitu juga, yang
terbaik dan pengikut mithali dalam Islam yang anda boleh nilai betapa baiknya
Islam ialah Rasul yang terakhir, Nabi Muhammad Saw. Selain daripada orang
Islam, terdapat beberapa sarjawan yang jujur dan tidak berat sebelah mengakui
bahawa Nabi Muhammad saw. adalah manusia yang terbaik. Menurut Michael H.Hart
yang menulis buku “The 100 Most Influential Men in History”, kedudukan teratas,
iaitu kedudukan no.1 jatuh kepada Nabi Muhammad saw. Terdapat juga beberapa
contoh lain orang bukan Islam member penghormatan terhadap Nabi Muhammad saw. seperti
Thomas Carlyle, La-Martine dan sebagainya.
Sumber: Soalan Paling Lazim Tentang Islam; oleh Dr.
Zakir Abdul Karim Naik
No comments:
Post a Comment