Ketelitian Perlaksanaan Syariah Islam Dalam Menjaga Maqasid Syariah
Semasa
pemerintahan Khalifah Umar ra , terjadi satu peristiwa di mana 2 orang budak hamba
yang masih muda lagi, telah dituduh mencuri seekor unta milik salah seorang
daripada suku Muzaynah yang bernama Hazani. Setelah dihadapkan kepada Khalifah
Umar ra, kedua-duanya yang berada dalam keadaan pucat dan kurus ditanya oleh
Khalifah.
“Siapa
tuan kamu?”
“Hatib
bin Abi Balta’ah” Jawab kedua-dua budak itu.
“Bawakan
Hatib ke mari!” Perintah Khalifah
Setelah
sampainya Hatib bin Abi Balta’ah, Khalifah pun bertanya: “Betulkah kamu majikan
mereka ini?”
“Benar
wahai Amirul Mukminin.” Jawab Hatib.
“Hampir
saja saya tersalah menghukum mereka.” Kata Khalifah Umar ra. “Nasib baiklah, apabila
saya ketahui bahawa kamulah yang menyebabkan mereka dalam keadaan kelaparan,
dengan itu hukuman itu haruslah diletakkan ke atas diri kamu!” sambung Khalifah
Umar.
Setelah
itu Khalifah bertanya kepada pemilik unta tersebut: “Hai Hazani, berapakah
anggaran harta untamu itu?”
“Empat
ratus.” Jawab Hazani.
“Nah,
kamu haruslah membayar kepadanya lapan ratus.” Perintah Khalifah kepada Hatib. “Selepas
itu barulah kamu boleh bersurai.”
Kepada
hamba-hamba budak tadi beliau berkata, “Pergilah kalian berdua dan pastikan
kalian tidak mengulanginya lagi.”
Dalam
hal seumpama ini, Khalifah selalu berkata, “Pengakuan seseorang terhadap
dirinya, tidaklah dapat diterima apabila sewaktu melakukannya itu dia di dalam
keadaan lapar, dalam keadaan darurat atau di dalam tahanan.”
Haji Husseiny Bin Zamburi; Sejarah Hidup Khalifah Umar Al Khattab RA
No comments:
Post a Comment