Kembali Ke Laman Utama

Saturday, February 9, 2013

Kaitan Taqwa Antara Syurga dan Neraka.

Boleh Tok Guru Hubungkan Sikit Antara Taqwa Dengan Syurga dan Neraka?

Jawapan:

Begini. Anak kunci pintu syurga itu ialah taqwa. Dalam pengertian lain, jika boleh saya umpamakan taqwa itu sebagai roh, ataupun perasaan takut ataupun lebih tepat, BERINGAT dengan kehadiran Allah swt yang sentiasa memerhatikan kita dalam segenap keadaan tidur ataupun jaga. Perasaan ataupun kesedaran inilah yang mampu menghantar seseorang kepada syurga berkat amal ikhlasnya. Soal syurga dan neraka ini bukan projek orang itu orang ini ataupun kerajaan itu kerajaan ini. Sekiranya kedua-dua ini adalah projek kerajaan, memanglah tiada masalah untuk dipinda atau dibatalkan. Ini projek Allah swt. Inilah masalahnya. Mahu tidak mahu, kita kena tunduk kepadaNya. Tunduk inilah taqwa. Taqwa jenis inilah sahaja yang akan membawa sesiapa jua ke syurga. Inilah hubungan antara taqwa dengan syurga dan neraka.

Taqwa; Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...