Mukaddimah Prinsip Pertama
Kesyumulan
Islam merangkumi seluruh bidan g kehidupan bagi menangkis tohmahan golongan sekular,
termasuklah
1. Negara
dan tanah air atau kerajaan dan umat
2. Akhlak
dan kekuatan atau rahmat dan keadilan
3. Kebudayaan
dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman
4. Material
dan kekayaan atau hasil usaha dan kecukupan
5. Jihad
dan dakwah, atau tentera dan fikrah
6. Sepertimana
ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, sama sahaja tanpa ada
perbezaan.
A) Islam
adalah negara dan tanah air, atau kerajaan dan umat.
i) Islam
adalah negara dan tanah air
a) Negara dalam erti kata politik: Masyarakat yang tersusun, tunduk
kepada pemerintahan yang mempunyai ketuanan, ikatan kesetiaan antara individu
terhadap negara dan undang-undangnya.
Islam adalah daulah yang binaannya saling melengkapi,menunaikan hak
kewajipannya sepertimana diamalkan dalam kehidupan Nabi saw dan para sahabat
serta tabien r.anhum,dan juga dipraktikkan pada jangka masa yang sangat panjang
dalam sejarah. (sistem khilafah)
b) Tanah air yang didiami individu, serta terdapat individu yang
mengucapkan syahadah.
2. Islam adalah Kerajaan dan
Umat.
-Kerajaan adalah sistem pentadbiran daulah mengendalikan urusan
pentadbiran menggunakan undang-undang digubal pemerintah dalam daulah,
merangkumi Kuasa Perundangan, Kuasa Eksekutif dan Kuasa Kehakiman.
-Umat bukan sekadar ertikata himpunan kebudayaan berdasarkan asal usul
dan sejarah semata-mata, bahkan
kesyumulan Islam meletakkan umat berasal dari jiwa asal bernama Nabi Adam as.
B. Islam adalah akhlak dan
Kekuatan atau Rahmah dan Keadilan.
1. Islam adalah akhlak dan Kekuatan
-Akhlak Islam adalah sesuatu yang tetap serta tidak berubah dengan
berubahnya zaman dan tempat.
-Akhlak Rasulullah merupakan teladan kepada seluruh umat Islam.,
termasuk kebertanggungjawapan, sikap adil dan ehsan, serta mencegah perkara
keji dan kemungkaran.
-Kekuatan merangkumi kekuatan hati,kekuatan jiwa selain maksud
material.
2. Islam adalah rahmah dan keadilan.
-Mengajak pengikutnya berkasihan belas iaitulah berlemah lembut,mempermudahkan
dan melakukan ihsan terhadap yang berhak.
-melaksanakan keadilan mutlak dan yang disyariatkan.
C. Islam adalah kebudayaan dan
undang-undang atau Ilmu dan Kehakiman
-Ia merupakan prinsip-prinsip, peraturan-peraturan-peraturan dan sistem
yang disyariatkan bagi membimbing akhlak masyarakat.
-Himpunan ilmu saling berkait,
dengan kehidupan sendiri. Penyelidikan,kajian,serta mendalami segenap ilmu dan
pengetahuan.
- Ilmu sebagai wasilah untuk
mengambil faedah dalam kehidupan.
-2 jenis kehakiman iaitu
kehakiman Tuhan dan kehakiman manusia.
Setiap kehakiman manusia didasari oleh ilmu.
D. Islam adalah Material (Madah) dan Kekayaan/ Hasil Usaha dan
Kecukupan
-Perkara-perkara(madah) bagi
undang2 ialah ayat2(nas2) yang mengandungi hukum hakam.
-Perkara-perkara material
ialah ia bukan bercirikan maknawi semata-mata tetapi juga lahiriyah.
-Islam adalah kekayaan yang
dapat memenuhi keperluan individu dan masyarakat sama ada material,
maknawi,jasmani,spiritual dan mental.
-Tuduhan kononnya agama menggesa
berzuhud dan menjauhi keseronokan hidup boleh melampaui ke tahap tuduhan yang
tidak ditunjangi dalil yang kuat.
-Islam adalah hasil usaha yang
menyuruh insan bekerja dan berusaha, tanpa bergantung kepada orang lain.
E. Islam adalah Jihad dan Dakwah, atau Tentera dan Fikrah.
Jihad adalah mujahadah
menggunakan tenaga yang maksimum mempertahankan diri daripada musuh. 3 jenis
mujahadah iaitu:
i)
Mujahadah menghadapi musuh yang zahir
ii)
Mujahadah menghadapi musuh yang
tersembunyi(syaitan)
iii)
Mujahadah jiwa dan nafsu
3 jenis mujahadah ini
berterusan sehingga kiamat dan apabila Muslimin pasif,tidak berjihad dengan
ketiga-tiga bidang tersebut,mereka telah berdosa dan menderhakai Allah.
Ia juga menugaskan agar
Muslimin dan Muslimat berdakwah kepada Allah selagi mana ia mempunyai bukti dan
keterangan yang jelas terhadap apa yang diseru.
Termasuk aspek berjihad
menentang musuh adalah menyebarkan dakwah kepada orang yang ingin menerimanya,
kerana maslahat mereka dan kemudaratan mereka bermakna kemudaratan kaum
Muslimin juga.
Dari sudut ketenteraan pula,
ia bukanlah suatu kewajipan keatas setiap individu melainkan dalam keadaan
darurah, semata-mata untuk mengangkat kalimah Allah sebagai kalimah
tertinggi,sambil ganjaran pahalanya dihitung oleh Allah swt.
Sesuatu fikrah pula didasari
oleh Tauhid,mentauhidkan Allah dari segi uluhiyyah dan rububiyyah. Menyampaikan
fikrah ini wajib kepada manusia pada setiap zaman dan tempat melalui
dakwah,amal,strategi dan jihad kearah matlamat mengabdikan diri kepada Allah
taala.
E. Islam adalah Akidah Yang Sebenar dan Ibadat yang Sahih Tanpa Ada
Bezanya.
Islam adalah akidah
sebagaimana yang terangkum dalam rukun iman, dengan mempraktikkan keadilan dan
ehsan, mempraktikkan amar makruf dan nahi mungkar, mempraktik jihad dijalan
Allah serta berpegang teguh dengan method dan sistem Islam dalam kehidupan,
Mempraktiikan Ibadah yang
sahih adalah berasakan kepada apa yang disyariatkan oleh Allah swt selari
dengan apa yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad saw.
Sumber Rujukan: Syarah Usul 20 (Al-Imam Hassan AlBanna) Rukun Faham
No comments:
Post a Comment