Kembali Ke Laman Utama

Thursday, October 13, 2011

Model Dakwah Nabi Ibrahim A.s

Pendekatan dakwah yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s yang berdakwah dengan ayahnya boleh dijadikan model panduan dalam melaksanakan proses berdakwah.

Baginda Nabi Ibrahim a.s memulakan dakwah kepada ayahnya dengan berbincang berkenaan konsep ketuhanan. Baginda memberitahu bahawa tuhan berhala adalah lemah dan penyembahan itu hanyalah kepada syaitan. Kemudian baginda mengajak bapanya agak mengikutinya untuk beriman kepada Allah swt, sebuah jalan yang lurus yang dapat mengelakkan daripada azab Allah swt. Sebagaimana yang diterangkan di dalam surah Maryam ayat 42-46.

QS. Maryam (19) : 42
Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus.
QS. Maryam (19) : 43
Wahai bapaku, janganlah kamu menyembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah.
QS. Maryam (19) : 44
Wahai bapaku, sesungguhnya aku khuatir bahwa kamu akan ditimpa azab dari Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaitan “.
QS. Maryam (19) : 45
Berkata bapanya: “Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, hai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, maka niscaya kamu akan kurejam, dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama “.
QS. Maryam (19) : 46
Berkata Ibrahim: “Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan memintakan ampun bagimu kepada Tuhanku.
Setelah dakwah baginda Nabi Ibrahim a.s ditolak oleh ayahnya sendiri, baginda meneruskan proses dakwah dengan langkah yang positif; iaitu dengan cara berdoa. Baginda Nabi Ibrahim a.s berdia agar bapanya diberikan kesempatan dan memohon keampunan agar Allah swt mengampunkan bapanya. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, “Nabi Ibrahim berkata; “Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan meminta keampunan bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.” (Surah Maryam 19: 47)

Daripada pengamatan yang dinukilkan dalam sirah Nabi Ibrahim sedemikian, Doa boleh melembutkan hati manusia untuk berpindah daripada kekufuran kepada keimanan. Kuasa doa memberikan jiwa Mukmin terus kekal optimis terhadap Allah swt bahawa hidayah adalah milik Allah semata-mata.

Sumber: Majalah Solusi, isu 36, “Model Dakwah Nabi Ibrahim” halaman 107 edisi Edit.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...