Kembali Ke Laman Utama

Thursday, October 6, 2011

Empat Pesanan Imam Hassan Albanna Kepada Golongan Yang Terburu-buru

Pertama

Selagi kamu menyediakan diri beramal untuk Islam di medan yang telah kamu pilih, aku mewasiatkan kamu supaya kamu menjadi pembangun, bukan peruntuh. Pada waktu itu wajib kamu memikirkan bidang yang kamu ceburi. Berkhidmat untuk Islam dengannya dan ketepikanlah perselisihan, kerana sesungguhnya membangun adalah seribu kali lebih baik daripada meruntuhkan. Allah swt mengetahui bahawasanya aku tidak menyukai perbuatan ini (berbalah) tetapi segala usaha yang aku lakukan sungguh-sungguh hanyalah untuk faedah bersama.


Kedua

Sebelum ini, kamu adalah angkatan tentera dan untuk hari-hari seterusnya kamu menjadi panglima angkatan tentera. Ketahuilah tugas-tugas panglima jauh lebih berat, lebih rumit dari tugas-tugas seorang tentera biasa. Sentiasalah kamu berusaha dengan sungguh-sungguh menjelmakan diri kamu di hadapan manusia sesuai dengan kemuliaan dakwah Islam di dalam segala jurusan kegiatan hidup kamu, sama ada kehidupan peribadi dan kehidupan bermasyarakat.

Ketiga

Aku lebih suka jika kamu mengukuhkan rancangan dan mengatur jalan kamu dengan akal dan perasaan. Janganlah dibiarkan semangat yang berkobar-kobar itu sahaja yang memimpin kamu di dalam jalan-jalan yang tidak memberi faedah kepada dakwah dan tidak memberi manfaat kepada para pendokong dakwah kecuali disertai dengan akal yang sempurna dan tindakan yang seni lagi kukuh. Pandai-pandailah kamu, wahai anak-anak!

Keempat

Aku suka meyakinkan kamu dari dahulu sehingga sekarang bahawasanya aku hanyalah bertindak semata-mata untuk kebaikanmu. Aku memarahi perbuatan jahat kamu kerana ingin memperbaiki kamu dan tindakan kamu. Aku harapkan niatmu menjadi baik dan mulia. Kepada Allahlah kita memohon supaya yang demikian itu tidak menjadi fitnah. kepadaNyalah kita meminta pertolongan di atas apa yang kamu perkatakan.

Nota Kaki: 4 Pesanan Al-Mursyid ini adalah sebagai jawapan balas kepada jemaah Pemuda Muhammad yang ditubuhkan serpihan anggota Ikhwanul Muslimin sendiri yang bertindak menubuhkan jemaah baru (ta'adud jamaah), yang turut menyebarkan kritikan fitnah ke atas pertubuhan Ikhwan melalui majalah An-Nazir.

Sumber: Buku Dakwah dan Tarbiyah, Pandangan Hassan Albanna oleh Abbas As-Sissi

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...