Kembali Ke Laman Utama

Thursday, June 23, 2011

Konsep Akhlak Dalam Islam

Objektif
  • Ahli halaqah memahami pengertian akhlak mengikut pandangan Islam.
  • Ahli halaqah mengetahui ciri-ciri akhlak Islam serta dapat mengaitkannya dengan kehidupan.
  • Ahli halaqah mengetahui betapa pentingnya berakhlak dengan akhlak Islam.
  • Supaya ahli halaqah menyedari bahawa akhlak yang baik dapat menarik minat manusia kepada tujuan seruan dakwah kepada masyarakat.
Pengertian Akhlak
Dipetik daripada perkataan al-akhlak (جمع) kata jamak daripada perkataan al-khuluq beerti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan.

Dari segi istilah, akhlak membawa sifat yang tertanam dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penilitian dan pemaksaan. Ibnu Miskawaih, ahli falsafah Islam mentakrifkannya sebagai keadaan jiwa yang mendorong kea rah perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali r.a pula memberikan takrifan akhlak sebagai satu keadaan yang tertanam dalam jiwa yang menampilakn perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang keluar itu baik dan terpuji menurut syarak dan akal, perbuatan ini dinamakan akhlak yang mulia (mahmudah), sebaliknya pula adalah akhlak yang buruk (mazmumah).

Penilaian akhlak baik dan buruk (true and false)(bad and good) mempunyai pelbagai pandangan berdasarkan kepada matlamat hidup manusia. Ada yang menjadikan kebendaan, pangkat, kekuasaan, kemasyhuran dan pelbagai lagi sehingga berlaku perbezaan aliran pemahaman berkenaan akhlak. Dengan sebab itu wajarlah ia diletakkan dalam timbangan yang adil dan saksama dengan matlamat akhir sesuatu tindakan merupakan penentu kepada ukuran tersebut.

Akhlak memberi fungsi untuk mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik dan buruknya perbuatan itu.  Perkara iradi (ketentuan) tidak dikira sebagai perbahasan akhlak seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya.

Akhlak vs Moral,Etika

Akhlak merangkumi keseluruhan perkara dalam kehidupan manusia dan tidak tertutup dalam satu-satu perkara sahaja serta ditentukan melalui hubungan langsung dengan syariat dalam Islam. Moral dan etika merupakan perkataan pinjaman bahasa Latin “Moralis”/ “Mores” dan “Ethikos”/ “Ethos”. Kedua-duanya juga merupakan istilah yang merujuk kepada maksud akhlak, tetapi lebih bersifat subjektif, relatif dan temporal (berubah) menurut lingkungan pemikiran manusia, suasana dan tempat.

Sebagai contoh, di barat, bercium bersama pasangan yang haram dianggap masih bermoral dan tidak menyalahi peraturan dalam masyarakat. Oleh sebab itu, perkaitan diantara kedua-duanya tidak membawa maksud hakiki dalam pengertian akhlak yang dituntut oleh Islam lantaran isu moral dan etika yang bersandarkan kepada kehendak manusia sebagai penentu baik buruknya.

Ciri-ciri Akhlak Islam
  • Mutlak dan menyeluruh
  • Melengkapi tuntutan kejadian fitrah menusia dan mengawal peribadi manusia
  • Bersifat sederhana (wasatiyah) dan seimbang (balance) serta tidak membebankan dalam kelahiran karakter.
  • Mencakupi suruhan dan larangan
  • Bersih dalam perlaksanaan- “Matlamat tidak menghalalkan cara”
  • Seimbang aspek dunia dan akhirat
Kepentingan Akhlak
  • Mencorak tingkahlaku manusia
  • Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan terhadap perlakuan manusia.
  • Akhlak mencerminkan keimanan
  • Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.
  • Akhlak pemangkin perubahan dalam environment yang berkrisis.
Kepentingan Akhlak Islam.
  • Bersifat Rabbani yakni mempunyai perkaitan/ perhubungan dengan Khaliq (Pencipta)
  • Bersifat syumul (sempurna)- merangkumi soal muamalah(pergaualan), kekeluargaan, kemasyarakatan, politik, ekonomi, peperangan dan sebagainya sebagai sistem kehidupan.
  • Bersidat paktikal (amali) yang menuntut kepada menolak kepada bentuk kemungkaran dalam masyarakat serta mencerminkan wajah akhlak  yang luhur.
  • Hubungan akhlak menjadi cerminan kepada keimanan dan taqwa manusia.
Akhlak merupakan buah keimanan. Perasaan takwa dan sentiasa menghitung hari pertemuan dengan Allah taala menjadikan seseorang itu berwaspada dalam tingkahlakunya. Sifat berwaspada inilah yang membentuk akhlak peribadi manusia.

Sesungguhnya akhlak yang terpuji dan wajar dijadikan teladan oleh sekalian manusia adalah Rasulullah saw sendiri yang mempunyai keperibadian yang tinggi dan luhur sebagaimana firman Allah dalam al-Quran:
وإنك لعلى خلق عظيم

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung”- Surah Al-Qalam, 68:4

Sumber: Olahan daripada Buku Manhaj Usrah Pas, Peringkat Ta’arif 1, Terbitan Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat, Tajuk 4: Konsep Akhlak Dalam Islam, m/s:55

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...