Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Monday, May 16, 2011

Senarai Nama 14 orang Syuhada’ Peperangan Badar

Di kalangan Muhajirin
1.       ‘Ubadah bin Al-Harith bin Abdul Muttalib
2.       ‘Umair bin Abi Waqqas
3.       Zu Al-Syamalain bin ‘Amr
4.       ‘Aqil bin Al-Bakir Al-Laithi
5.       Mihja’ (Bekas hamba ‘Umar Al-Khattab)
6.       Safwan bin Baida’

Di kalangan Ansar
7.       Sa’ad bin Khaithamah
8.       Mubassyir bin Abdul Munzir
9.       Yazid bin Al-Harith
10.   ‘Umair bin Al-Humam
11.   Rafi’ bin Al-Mu’alla
12.   Harithah bin Suraqah
13.   ‘Auf bin ‘Afra’
14.   Muawwaz bin ‘Afra’

Diceritakan pula, para ulama al-Sirah menyebut tentang wujudnya kumpulan di Mekah yang mendakwa mereka Islam, tetapi menyembunyikannya dengan cara serba salah. Bahkan mereka tidak menyertai hijrah bersama Nabi saw walaupun berkuasa melaksanakannya. Namun mereka telah digunakan oleh Musyrikin Mekah bagi memperkuatkan barisan Musyrikin Mekah.

Antaranya ialah:

1.       Al-Harith bin Zu’mah bin Al-Aswad
2.       Abu Qais bin Al-Fakih
3.       Abu Qais bin Al-Walid bin Mughirah
4.       Al-‘Ash bin Munabbih bin Al-Hajjaj
5.       ‘Ali bin Umayyah bin Khalaf

Kepada mereka Allah menurunkan surah An-Nisa’: Ayat 97-100, dimana tidak harus bagi orang-orang yang beriman tidak berhijrah jika mereka mampu setelah berlakunya keadaan yang menyebabkan hijrah dan tidak harus memberikan pengorbanan dan sokongan untuk menguat dan meramaikan kedudukan musuh-musuh Islam.

Sumber:
Buku Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah 2, Hj. Abdul Hadi Awang, m/s 93-94

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...