Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 16, 2011

Meletakkan Cinta Bersama Iman

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud  
“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mencintai  saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hubungan diantara Iman dan Cinta

Di dalam hadis yang dinyatakan, betapa cinta itu berhubungan dengan iman, sehingga di dasarkan kurangnya iman kerana kurang cintanya. Yang dimaksudkan cinta itu didasarkan kepada agama bukan pada erti naluri cinta terhadap manusia semata-mata.

Interaksi yang jelas di antara iman dan cinta ini lebih utama sehingga ianya meliputi terhadap orang bukan Islam dan Islam juga. Sifat kecintaan ini menyempurnakan keimanan seseorang dan cinta untuk memperolehi kebaikan dan manfaat. Cinta ini bukanlah cinta bersifatkan tabiat manusia semata-mata, tetapi kerana sifat ruhiyah agama.

Bila Tiada Perasaan Cinta

Imam Nawawi menjelaskan bahawa seandainya seseorang itu tidak memiliki sifat cinta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah saw di atas, maka ia memiliki sifat dengki.

Imam Ghazali pula menerangkan 3 keadaan mereka yang tiada sifat kecintaan tersebut iaitu:

  1. Berharap supaya nikmat yang dimiliki orang lain hilang dan nikmat itu berpindah kepadanya.
  2. Berharap agar nikmat tersebut hilang sekalipun diri sendiri tidak mendapatnya. Maka di sini ia sendiri sama ada telah mempunyai nikmat tersebut atau tidak menyukainya.
  3. Tidak berharap agar nikmat tersebut hilang pada orang lain, tetapi mempunyai hasrat agar orang lain tidak berada lebih tinggi daripada dirinya atau mendapat lebih dari apa yang dimilikinya. Sifat ini juga tidak diizinkan juga kerana pada hakikatnya ia menolak apa yang diterangkan Allah sebagaimana firmanNya:

“Adakah mereka (yang berhak) membahagikan kurnia Tuhan engkau? Kami telah bahagi di antara mereka penghidupan mereka dalam penghidupan dunia (ini). – Surah Zukhruf:Ayat 32

Apabila kita mengasihi seseorang, maka kasihilah ia sebagaimana kita mengiginkan sesuatu yang baik berlaku ke atas diri kita dan tidak menimpakan sesuatu yang buruk ke atasnya sebagaimana kita menjaga mengelakkan dirinya daripada menimpa perkara yang dibenci dirinya sendiri.

Dan hendaklah kita mendasari kecintaan itu bahawasanya cinta mempunyai pertalian kuat dengan iman. Dengan ini apabila ia di dasarkan pada talian yang kukuh yakni iman, maka pertemuan mahupun perpisahan yang terjadi hanyalah kerana Allah taala dan hanya mengharapkan keredhaan Allah taala semata-mata. Kekuatan asas kecintaan ini akan membina seseorang individu itu tidak kecewa dan tidak mudah berputus asa lantaran meletakkan keutamaan cinta yang paling utama di antara cinta yang utama.

Rujukan: Kitab Hadith 40, Hadis ke-13

No comments:

Post a Comment