Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 5, 2011

Kewajipan Suami Terhadap Isteri

“Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku.” - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Titmidzi, kitab al-Manaqib, hadis no: 3830.

*Hendaklah suami mentarbiyahkan (mendidik) dirinya dengan melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan Islam secukupnya untuk melayakkan dia sebagai suami yang bertanggungjawab dan mampu memimpin isteri dan keluarga.

*Menghormati isteri dan  menghargai kebolehannya dalam bidang-bidang tertentu.

*Menghormati isteri dalam menunaikan tugas seharian terutama dalam memelihara dan mendidik anak-anak.

*Sabar di atas sebarang kekurangan, kecacatan dan kelemahan isteri dalam apa permasalahan sekalipun dan hendaklah suami berusaha sedaya upaya yang boleh untuk memperbaiki dan mengatasinya.

*Memberi dan membenarkan kebebasan berfikir serta menghormati pendapat dan pandangan isteri selama tidak bercanggah dengan Islam.

*Apabila suami mengambil suatu tindakan terhadap isterinya di dalam sesuatu perkara, maka hendaklah diasaskan atas dasar mencari kebenaran dan semata-mata untuk menuntut keredhaan Allah SWT.

*Hendaklah berusaha mengatasi dan mengelakkan keadaan selisih faham dengan kebijaksanaan.

*Berkewajipan untuk memberi nafkah zahir batin meliputi makan, minum, pakaian, tempat tinggal, kesihatan dan sebagainya mengikut kadar kemampuan seseorang suami.

*Mengajar atau memberi ilmu Islam secukupnya kepada isteri, bukan sahaja dalam perkara fardhu ain seperti bersuci, bersembahyang, berpuasa, haji dan lain-lain sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang pada masa sekarang, tetapi hendaklah diberi ilmu untuk memahami kewajipan berjihad mengikut suasana keadaan sehingga terhapusnya kezaliman dan tertegaknya hukum Allah SWT di muka bumi ini.

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. [an-Nisa 4:34]

Petikan: "Rumah Tangga Islam", Oleh Ust Hj Awang Dagang, Manhaj Daurah Tadribiyyah.

No comments:

Post a Comment