Kembali Ke Laman Utama

Monday, March 21, 2011

Semut dan Semangat "Teamwork"

Semut merupakan salah satu daripada makhluk ciptaan Allah swt yang sangat unik. Ciptaan  terhadap“tentera halus” ini yang mempunyai sifat yang luar biasa kerajinannya sehingga menjadi peribahasa bagi orang Melayu. Di dalam Surah An-Namlu (yang bermaksud semut), Allah taala telah memperihalkan kisah semut menilai keadaan pada zaman Nabi Sulaiman as.

Di dalam surah An-Namlu ayat 18-19, sebagaimana firman Allah taala yang bermaksud, “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, maka berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari.” Maka dia (Nabi Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana mendengarkan perkataan semut itu.” Ayat ini menunjukkan sistem komunikasi dan teamwork antara semut amat hebat dan sepatutnya diambil iktibar oleh manusia.

Pakar-pakar serangga menganggarkan bahawa dunia kita didiami oleh lebih kurang 30 juta jenis serangga. Daripada jumlah itu, 20,000 adalah daripada kumpulan semut. Jumlah semut di dunia dianggarkan berjumlah 10 juta billion dan jumlah ini mengatasi kesemua haiwan mamalia burung, reptilia, dan amfibia di dunia. Semut mengamalkan konsep kerja berpasukan yang amat mengagumkan. Sebagai contoh, di Afrika dan Amerika Selatan terdapat sejenis semut yang dikenali sebagai Driver Ants dan Army Arms. Panjang seekor semut ini adalah 0.25 inci dan setiap koloninya mengandungi antara 170,000 hingga 700,000 ekor semut.

Apabila semut-semut ini melalui sebuah kawasan lapang, tentera-tentera semut akan pergi ke bahagian hadapan bagi menjaga keselamatan semut-semut yang lain. Apabila mereka melalui parit, mereka membina jambatan semut dengan berpaut antara satu sama lain hingga ke seberang parit. Semut-semut lain akan memijak badan rakan-rakan mereka bagi menyeberangi parit itu. Fakta-fakta ini disebutkan di dalam Insect World 8(6), 1996 (online).

Apabila wujudnya sikap kerja berpasukan (team work) dengan pengorbanan yang sebegini rupa, manusia pasti dapat menghasilkan suatu kualiti kerja yang tinggi. Ia mampu untuk meledakkan perubahan yang hebat sebagaimana yang pernah dinukilkan dalam lebaran sirah Nabi dan para sahabat r.a.

Petikan daripada, “Teamwork Semut”, Dr. Danial Zainal Abidin,Tip-Tip Cemerlang Daripada Al-Quran.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...