Kembali Ke Laman Utama

Sunday, December 12, 2010

Peristiwa Abu Jahal Dibunuh

Sa’ad bin Abi Waqqas RA menceritakan bahawa ketika beliau berada dalam pasukan peperangan Badar, beliau di datangi 2 orang remaja dari sebelah kanan dan kiri beliau, dan mereka berbisik kepada beliau supaya tidak didengar oleh rakannya. 

Salah seorang darinya berkata, “Wahai pakcik, tunjukkan saya Abu Jahal”. Beliau bertanya kepada remaja berkenaan, “Kamu mahu berbuat apa padanya?”. Remaja itu berkata lagi, “Demi Tuhan yang diriku berada dalam tangannya, kalau saya bertemu dengannya, saya sendiri tidak pasti siapa yang akan membunuh siapa dahulu”. Kemudian remaja berkenaan mengenyitkan matanya kepada beliau supaya memberitahu  yang mana satu Abu Jahal. Remaja berkenaan ialah Mu’adh bin Amru bin Jamuh dan Mu’adh bin ‘Afra.

Di dalam Kitab Sirah Al-Nabawiyyah, Mu’adh bin Amru bin Jamuh diceritakan telah merempuh lapisan lembing dan tombak yang mengelilingi Abu Jahal sehingga dia dapat menetak di tengah betisnya, namun Ikrimah (anak Abu Jahal) pula menetak ke arah leher remaja berkenaan, namun terkena tangan remaja berkenaan sehingga hampir putus yang hanya tergantung pada kulitnya sahaja.

Remaja berkenaan tidak menghiraukan peritnya dan meneruskan serangan dengan mengheret tangannya yang hampir putus, namun tekad yang tinggi membuatkan remaja berkenaan memijak tangan yang terkulai itu dengan kakinya supaya putus.

Kemudian, giliran Mu’adh bin ‘Afra menyerang Abu Jahal dan Berjaya menetaknya sehingga hampir maut. Ketika Abu Jahal dalam keadaan nazak, datang Abdullah bin Mas’ud yang sememangnya mencari Abu Jahal dicelah-celah mayat bergelimpangan. Abdullah bin Mas’ud berkata kepada Abu Jahal, “Allah telah mengecewakan kamu wahai musuh Allah”. Abu Jahal bertanya, “Beritahu kepadaku siapa yang menang?” Ibnu Mas’ud menjawab, “Kemenangan bagi Allah dan RasulNya”. Kemudian Ibnu Mas’ud memancung leher dan kepalanya dibawa ke hadapan Rasulullah SAW dengan berkata, “Ya Rasulullah, inilah kepala musuh Allah, Abu Jahal”.

Rasulullah SAW lantas bertahmid dan bersabda:
“Inilah Fir’aun kepada umat ini”.          

Dipetik daripada Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah 2, Haji Abdul Hadi Awang, Terbitan Dewan Fajar                    

2 comments:

  1. Masya Allah, Abu Jahal adalah orang yang hebat tapi kalah oleh dua orang anak muda yang memang menyertai perang Badar kerana mahu membunuh Abu Jahal, orang yang sangat banyak menyakiti nabi.

    Hebatkan peranan pemuda-pemuda..jadi kita tak boleh cakap kita tidak mampu, tidak layak, sedang kita sebenarnya mampu, boleh melakukan apa sahaja untuk memastikan kalam Allah sampai ke semua hati-hati manusia..mohon teruskan perkongsian ini lagi.

    ReplyDelete
  2. insyaallah, mudahan terus menerus lahir remaja2 Islam mencontohi peranan dan kehebatan kuasa anak muda untuk menukilkan tinta2 perjuangan Islam.

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...