Kisah lalu menyebutkan bahawa Zaqhanus menghadap para ulama kerajaan Uthmaniyyah pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh bagi mencabar kebenaran hadis yang dibawa. Ikuti pengembaraan cerita selanjutnya di “Hidayah Bahagian 3”
Tidak ada seorangpun ulama yang berada di situ berani menyahut cabaran itu. Masing-masing menundukkan kepala. Mereka berpendapat mustahil mereka boleh menghidupkan orang yang sudah mati.
“Di mana Syeikh Bayram? Mengapa dia tidak ada di sini?” Tanya Sultan Muhammad al-Fateh yang baru menyedari ulama tua itu tidak berada di situ.
“Dia uzur kerana itu dia tidak dapat dating ke sini,” jawab salah seorang anak muridnya yang hadir.
“Perintahkan dia datang ke istana sekarang juga,” kata Sultan Muhammad.
Perintah itu segera dituruti. Selepas Syiekh Bayram datang, diceritakan mengenai cabaran ketua paderi itu.
“Tidak ada seorangpun ulama yang berani menyahut cabaran itu. Kami bergantung harapan kepada tuan. Sila tunjukkan kehebatan ulama Islam kepada mereka,” kata Sultan Muhammad al-Fateh.
Agak lama juga Syeikh Bayram termenung mencari ikhtiar bagi menyahut cabaran itu. Dia sedar sultan dan orang ramai bergantung harapan padanya bagi menyelesailkan perkara itu. Sekiranya tidak mereka semua pasti mendapat malu terutama sultan. Apa yang paling ditakutinya nanti ada yang memperlekehkan hadis Nabi Muhammad SAW serta memberikan kemenangan moral kepada musuh mereka.
“Baiklah, saya bersedia menyahut cabaran itu demi membuktikan kebenaran hadis itu,” beritahu Syeikh Bayram. Sultan Muhammad al-Fateh kelihatan gembira kerana yakin dengan kebolehan Syeikh Bayram.
“Tuanku, orang ini sudah mengaku dirinya seorang ulama yang sama tarafnya dengan nabi-nabi di kalangan Bani Israel. Sekarang saya mahu dia hidupkan mayat di dalam kubur. Bukan orang yang baru mati,” kata Zaqhanus pula.
“Bagaimana tuan guru? Sanggupkah tuan melakukanya?” Tanya Sultan Muhammad al-Fateh kepada Syeikh Bayram.
“Saya melakukannya dengan izin Tuhan,” jawab Syeikh Bayram dengan yakin.
Cukupkah jawapan ringkas tersebut dapat meleraikan persoalan yang sengaja dirancang pihak musuh Islam tersebut dengan menggugah iman para muslimin terhadap kebenaran hadis Rasulullah SAW? Tindakan Syeikh Bayram menyahut cabaran tersebut sememangnya mengundang pertaruhan besar terhadap kaum Muslimin dan kemuliaan sabda Nabi Muhammad SAW. Ikuti kisah mengujakan ini di bahagian akhir “Hidayah Bahagian 4”. Teruskan Istiqamah menghayati perjalanan hidup insan pilihan hadis baginda SAW.
Novel Islam: Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Constantinople,karya Abdul Latip Talib
No comments:
Post a Comment