Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 13, 2010

Tokoh Islam: IBN ATHIYYAH


Tafsir al-Muharrar al-Wajiz (المحرر الوجيز) 
al-Imam Ibn 'Atiyyah
Ibn Athiyyah nama sebenarnya Abu Muhammad Ab Haq bin Ghalib bin ‘Athiyyah al-Andalusiy.Lahir pada 481H - 541H.Berasal dari keluarga Arab iaitu datuknya Athiyyah bin Khalid bin Khifaf al-Muharibiy yang terlibat dalam pembukaan Andalus (Spain). Bapanya adalah al-Hafiz Abu Bakar Ghalib bin Ab Rahman bin Ghalib al-Andalusiy al-Gharnatiy al-Maliky antara ulama Andalus terkemuka pada zamannya.Beliau disifatkan oleh Ibn Basykuwal dlm al-Silat dan al-Zahabiy dalam Siyar A’lam al-Nubala` merupakan seorang yang mempunyai daya ingatan yang cukup luarbiasa, mengetahui hadith, ilalnya dan asmak al-rijalnya.Beliau telah mengulang pembacaan al-Jamik al-sahih lilBukhari sebanyak 700 kali.

Ibn ‘Athiyyah lahir sejurus lepas kemenangan tentera al-Murabitin pimpinan Yusuf bin Tasyifin ke atas kristian, dan sekaligus ke atas pimpinan golongan Tawaif yang memerintah mengikut kepentingan masing-masing yang sebenarnya mempelawa kristian membantu mereka untuk memerangi muslim yang lain.Beliau telah berguru dengan kebanykan ulama Andalus terutamanya ayahnya sendiri, al-Hafiz al-Naqid Abu Ali al-Ghassaniy, al-Hafiz Abu Ali al-Sadafiyy, al-Imam al-Muqri’ Ibnul Bazisy dan al-Faqih Abu Muhammad Ab Rahman bin Muhammad bin Attab al-Qurtubiy.

Beliau telah menulis al-Quran selepas memikirkan beberapa ketika tentang kemampuannya dalam ilmu lantas beliau mendapati kemahiran berbahasanya mendesak beliau agar menulis tafsirnya ini.Bapanya al-Hafiz Abu Ghalib bin Ab Rahman turut menjadi pendorong utama beliau dalam penulisan di mana ayahnya yang tercinta ini sering menggerakkannya sehingga sampai 2 kali pada waktu malam agar menyempurnakn tulisan tafsirnya.Akhirnya kitab tafsir tersebut telah diterbitkan penuh dengan fakta daripada ayat-ayat yang mempunyai kesalingan yang rapat dengan ayat itu di samping hadis-hadis yang menyokongnya.Beliau kemudiannya akan memberikan pandangannya terhadap sesuatu masalah itu yang menampakkan kemampuan ilmunya yang begitu tinggi.Kitab tafsir beliau itu dinamakan sebagai al-Muharrar al-Wajiez (Karangan yang ringkas).

Al-Zahabiy menjelaskan dalam Siyar A’lam al-Nubala` bahawa Ibn Athiyyah telah dibenarkan berfatwa seawal usianya 13 tahun tetapi kerana sifatnya yang wara’ menyebabkan beliau masih lagi mengelilingi negara Andalus untuk berguru dan bermuzakarah dengan tuan-tuan guru yang masih ada pd zamannya.Pada usianya 20 tahun beliau telah mula menduduki  tempat yang mulia di kalangan ahli Andalus.

Pada tahun 529H beiau telah dipilih menjadi Qadhi di bandar al-Muryat iaitu pada akhir zaman al-Murabitin.Kata Ibn Furhun dalam al-Dibaj al-Muzhib beliau terkemuka sebagai seorang hakim yang adil, matang dalam keputusannya dan berhati-hati. Beliau memegang amanah jawatan ini selama melebihi 10 tahun.Beliau meninggal dunia pada usia 60 tahun pada pertengahan Ramadhan 541 H.

Kebanyakan ulama dari Andalus yang datang selepasnya telah dipengaruhi oleh gaya penulisannya.Ini termasuk al-Qurtubiy, Ibn Juzay , Abi Hayyan dan al-Tha’alibiy. Semoga Allah merahmati Ibn Athiyyah dengan sumbangannya menerusi karya-karya beliau yang sering menjadi rujukan golongan terkemudian terutamanya dalam bidang tafsir.
by Ustaz Zahazan Mohamed 

No comments:

Post a Comment