KERANA terpesona dengan kemajuan-kemajuan sains di dalam abad kedelapan belas dan kesembilan belas, ramai cerdik pandai-cerdik pandai Barat menyangka bahwa peranan agama telah berakhir atau tidak berguna lagi, kerana tempatnya telah diambil oleh sains. Kebanyakan tokoh-tokoh ilmu masyarakat dan ilmu jiwa di Barat berpegang dengan sangkaan sedemikian.
Frued ahli jiwa terkemuka,misalnya telah membahagikan kehidupan manusia kepada tiga peringkat perkembangan jiwa iaitu:
1) Peringkat mempercayai tahyul atau kharafat.
2) Peringkat mempercayai agama.
3) Peringkat mempercayai sains.
Faktor-faktor dan suasana-suasana yang bertanggungjawab mendorong cerdik pandai Eropah berpegang dengan teori yang menentang dan memandang jejek kepada agama. Di sana telah saya tegaskan bahwa pergolakan yang tercetus di antara gereja-gereja dan kaum cerdikpandai telah membuat mereka benar-benar merasa bahwa apa yang dikatakan oleh gereja itu merupakan pendapat-pendapat yang kolot, mundur, lapuk dan karut. Justru kerana itu pendapat gereja harusdigantikan dengan pendapat sains agar manusia mendapat kesempatan untuk tampil maju menuju jalan tamaddun.
Kemudian timbul pula penyakit suka meniru di negeri-negeri Islam yang terjajah dan penyakit inilah yang membuat mereka menyangka bahwa satu-satunya, jalan untuk mencapai kemajuan ialah mengikuti jalan-jalan yang dirintis oleh negara-negara Eropah yang maju dan berkuasa hari ini. Dan ini bererti mereka harus membuang agama mereka sebagaimana Eropah telah membuang agamanya. Tanpa bertindak demikian mereka akan terus menerus berada dalam kejatuhan, kemunduran dan kekarutan.
Tetapi mereka lupa bahwa tidak semua cerdik pandai dan pengarang-pengarang di Eropah memusuhi agama, rnalah di antara, mereka terdapat tokoh-tokoh yang berjiwa bebas dan materialisma Eropah yang tidak percaya kepada Tuhan itu. Mereka menganggapkan kepercayaan agama sebagai satu keperluan jiwa dan keperluan akal manusia. Di antara tokoh-tokoh yang seperti itu ialah James Jean seorang ahli astronomi. Mula-mula beliau tidak percaya kepada Tuhan, tetapi akhirnya hasil-hasil dan penyiasatan-penyiasatan ilmiah yang dilakukan olehnya telah meyakinkan beliau bahwa masaalah-masaalah sains yang paling, besar tidak dapat dihurai tanpa mempunyai kewujudan Tuhan.
Jeans Bridge ahli pengajian masyarakat yang terkemuka tampil lebih jauh dan itu lagi. Beliau telah memberi sanjungannya yang tinggi kepada Islam kerana kejayaannya memadukan kebendaan dengan rohaniah dalam satu sistem fikiran yang dicampur dengan peraturan-peraturan hidup yang peraktis. Somerset Maugham, novelis Inggeris yang terkemuka telah membuat satu rumusan yang bijak apabila ia berkata. begini: “Eropah telah membuang Tuhannya kerana ia telah menemui satu tuhan yang baru iaitu sains.”
Tetapi sains seberubah-ubah dan tidak tetap. Kadang kadang hari ini Ia membenarkan pendapat-pendapat yang telah ditolaknya di hari kelmarin dan mungkin besok dia menolak pula pendapat-pendapat yang diterimanya pada hari ini. Justru kerana itu penyembah- penyembah sains sentiasa gelisah dan tidak tetap.
Satu hakikat yang jelas ialah kegelisahan yang sentiasa dialami oleh dunia Barat hingga merosakkan saraf mereka dan mengakibatkan mereka menderitai berbagai-bagai penyakit jiwa dan saraf adalah hasil dan satu pergolakan yang tidak berhenti-henti berlaku di negara mereka, sedangkan mereka tidak mempunyai satu pegangan yang kukuh samada di bumi atau di langit. Segala sesuatu di sekeliling mereka dilanda perubahan-perubahan; sistem-sistem ekonomi berubah-ubah, sistem politik juga berubah-ubah, hubungan individual dan internasional berubah dan fakta-fakta sains juga turut berubah.
Oleh itu seandainya di sana tidak terdapat satu pegangan atau kepercayaan kukuh yang dapat digunakan oleh individu-individu dalam pertarungan mereka yang hebat untuk menghadapi cabaran cabaran hidup, maka tentulah akibahnya satu saja iaitu kegelisahan dan kekacauan batin.
Seandainya kepercayaan kepada agama itu tidak mempunyai faedah yang lain dan memberi keteñteraman jiwa kepada manusia di bumi Allah, di mana manusia bekerja, berbakti, bertindak menentang kuasa bejat dan zalim untuk mencari keredhaan Allah dan di mana meneka berjuang memaju dan memakmurkan bumi untuk melaksanakan kehendakkehendak Allah dan mengharapkan ganjaran yang akan dikurniakanNya, maka faedah yang sedemikian itu pun sudah cukup untuk menjadi alasan mengapa kita perlu berpegang dengan agama dan ajaran-ajarannya yang baik.
Apakah yang akan tenjadi kepada manusia yang hidup tanpa kepercayaan kepada Allah dan tanpa kepercayaan kepada alam akhirat yang kekal abadi? Tentulah mereka akan dikongkongi oleh perasaan fana dan rnusnah, perasaan betapa pendeknya umur mereka dan betapa kerdilnya hidup mereka di samping cita-cita dan angan-angan mereka yang mengawan tinggi.
Perasaan-perasaan sedemikian tentu akan mendorong mereka bertindak dengan gelojoh dan terburu-buru untuk mencapai sebanyak-banyak kenikmatan dunia dalam usia mereka yang pendek itu. Mereka akan bermatian berjuang untuk merebut kesenangan-kesenangan dan kekayaan dunia dalam satu pertarungan yang ganas, kerana inilah saja satu-satunya peluang buat mereka untuk mencapaikan faedah-faedah yang immediate hidup di dunia.
Jika demikian gugurlah manusia dan statusnya yang tinggi. Taraf perasaan, fikiran cita-cita dan matlamat hidup dan cara mereka melaksanakannya juga turut jatuh dan statusnya yang tinggi. Mereka sekalian akan terjerumus ke dalam satu pergolakan hidup yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, pergolakan yang tandus dan perasaan belas kasihan, timbangrasa dan tolong menolong. Mereka akan terjerumus ke dalam lembah nafsu, dan keinginan-keinginan naluri hingga mereka tidak mempunyai kesempatan lagi untuk meluhurkan perasaan-perasaan dan meninggikan nilai kemanusiaannya.
Dan tentulah dalam pergolakan itu mereka beroleh beberapa keuntungan dan kenikmatan, tetapi keuntungan dan kenikmatan itu akan musnah semuanya akibat perebutan dan pergolakan mereka yang sengit. Orang-orang perseorangan akan terbelenggu kepada hawa nafsu seolah-olah mereka hamba abdinya yang patuh untuk melayani segala keinginannya.
Bangsa-bangsa pula akan tercebur ke dalam peperangan-peperangan ngeri yang merusakkan kenikmatan hidup di dunia, sedangkan ilmu pengetahuan yang merupakan sebagai alat-alat hidup yang maha penting yang sepatutnya membawa kemunafaatan akan berubah menjadi alat yang membawa kemusnahan dan kehancuran yang mengerikan. Seandainya kepercayaan agama itu tidak mempunyai suatu tugas lain di dalam kehidupan manusia selain dan memberi kelegaan jiwa dan harapan untuk mencapai hidup abadi di alam akhirat, di mana tercapainya segala cita-cita mereka dan di mana mereka dapat mengecapi seluruh kenikmatan yang diimpikan. mereka, dan seandainya kepercayaan agama tidak dapat memberi sesuatu yang lain dan ajaran-ajaran yang boleh meredakan pergolakan mereka di muka bumi dan sesuatu yang lain dan kesempatan-kesempatan untuk menyuburkan perasaan-perasaan kasih sayang, persaudaraan dan timbangrasa, maka itu pun sudah cukup untuk dijadikan alasan mengapa kita perlu berpegang dengan kepercayaan agama dan ajaranajarannya yang baik.
Siapakah yang memberi kesabaran dan ketabahannya kepada pejuang-pejuang prinsip-prinsip
hidup yang tinggi, kepada pejuang pejuang dasar-dasar kemanusiaan dan kepada pejuang akidah-akidah yang luhur yang menentang kuasa-kuasa jahat dan zalim untuk menegakkan prinsip-pninsip yang luhur itu? Apakah faedah-faedah yang di tunggu-tunggu mereka? Setengah-setengah pejuang malah kebanyakan pejuang pernah menghabiskan umur hidupnya sedangkan mereka tidak dapat mencapài faedah yang diharap-harapkan mereka.
Kepercayaan dan perjuangan yang berlandaskan faedah peribadi tidak akan berjaya melainkan sekadar mencapai matlamatnya yang kecil saja, kemudian perjuangan itu akan disapu oleh ribut badai hawa nafsu dan oporcunisma kerana perjuangan yang sedemikian tidak mempunyai akar-akar yang kukuh.
Dari itu, yang mendorong pejuang-pejuang itu bersabar dan bertabah hati dalam perjuangan-perjuangan mereka yang luhur bukanlah faedah-faedah kebendaan yang immediate. Memang benar di sana ada setengah-setengah pejuang reformasi masyarakat yang mengambil kekuatan dan kesabaran mereka dan perasaan hasad dengki dan dendam kesumat mereka atau dan perasaan hasad dengki dan dendam kesumat satu golongan yang tertentu atau dan perasaan hasad dengki dan dendam kesumat jenerasi sezamannya. Mereka mungkin berjaya mencapaikan beberapa matalamat dan perjuangan reformasi mereka. Mungkin perasaan hasad dengki dan dendam kesumat mereka begitu hebat dan meluap-luap hingga mereka sanggup memikul seluruh penderitaan dan kesiksaan dalam perjuangan mencapai matalamat-mata lamat yang diimpikan mereka, tetapi perjuangan yang diasaskan di atas hasad dengki dan dendam kesumat itu tidak akan dapat membawa manusia ke arah kebajikan dan kebenaran.
-sekadar gambar hiasan-
Perjuangan yang sedemikian mungkin berjaya menyelesaikan beberapa masalah sementara atau mungkin berjaya menghapuskan sesuatu kezaliman yang wujud dalam masyarakat, tetapi ta tidak akan berjaya menjadi ubat yang mujarrab untuk mengubati segala masaalah yang dihadapi manusia, malah perjuangan itu sudah tentu akan menyeleweng akibat didorong hasad dengki dan dendam kesumat dan ini akan menjadikan perjuangan mereka sebagai perjuangan menukar satu kejahatan dengan satu kejahatan yang lain, kezaliman dengan satu kezaliman yang lain.
No comments:
Post a Comment