Empayar Saljuk 1037-1157M
“Saya luaskan lagi kawasan pemerintahan kita. Sebelum menakluk kota Constantinople, kawasan-kawasan di sekitarnya mesti ditakluki terlebih dahulu,” kata Sultan Muhammad.
Panglima Tharhan kagum dengan kebijaksanaan Sultan Muhammad. Walaupun umrunya masih muda, tetapi baginda seorang yang cerdas akal fikirannya.
“Kerajaan Uthmaniyyah ini asalnya sebuah kabilah yang kecil sahaja tetapi dipimpin oleh seorang yang berjiwa besar, namanya Ertoghul. Apabila berlaku peperangan antara Rom dan Dinasti Saljuk, Ertoghul menyebelahi Sultan Alauddin. Mereka berjaya mengalahkan tentera Romawi. Sebagai balasannya, Ertoghul dan kabilahnya diberikan sebuah kawasan bagi diperintah sendiri.
Ortogul Ghazi
“Selepas Ertoghul meninggal dunia, puteranya bernama Uthman yang menggantikannya. Baginda seorang pemimpin yang berani dan bercita-cita tinggi. Sultan Uthman menawan negeri-negeri yang berhampiran lalu memerintah kawasan yang ditaklukinya. Dengan ini kawasan pemerintahannya menjadi semakin luas.
Sultan Uthman
“Kemudian terjadi saat yang paling getir apabila orang-orang Monggol menyerang lalu menjatuhkan Kesultanan Saljuk. Sultan Alauddin mangkat dan tanah jajahan serta rakyatnya bercerai berai. Sultan Uthman berusaha menyatukan semula kawasan itu supaya berada di bawah pemerintahannya. Dari situ bermula Kerajaan Uthmaniyyah yang mengambil nama Sultan Uthman.”
Sutan Muhammad begitu tertarik hati mendengarnya. Kemudian Panglima Tharhan menyambung ceritanya, “Selepas Sultan Uthman mangkat, tempatnya digantikan puteranya yang bernama Ourkhan. Baginda berjaya menawan Brusa daripada tentera Romawi lalu menjadikannya ibu kota negaranya. Bermula dari situlah usaha dilakukan bagi menawan Constantinople, ibu Kota Byzantium.
Bersambung ke cerita selanjutnya....teruskan setia bersama
jadikan perjuangan mereka ni sebagai panduan untuk kita trus bsemangat dalam mnegakkan agama islam..slamat maju jaya..bila nk smbung cerita ni?
ReplyDelete