Kembali Ke Laman Utama

Monday, March 29, 2010

Beriltizam dengan jemaah


“orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebaikan lalu saya bertanyakan Baginda mengenai kejahatan, takut-takut ia menimpa saya. Maka saya berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami pernah berada di dalam Jahiliyah dan kejahatan lalu Allah datangkan kepada kami dengan kebaikan ini. Adakah selepas semua kebaikan ini aka nada keburukan?”. Kata Baginda: “Ya!.” Saya berkata: “Adakah selepas kejahatan ada kebaikan?”. Baginda menjawab: “Ya! Dan aka nada padanya itu Dakhan”. Saya bertanya apakah dakhan itu?. Katanya: “Semua kaum yang mengikut hidayah bukan hidayahku kamu kenal mereka dan kamu akan mencegah mereka”. Saya berkata: “Adakah selepas kebaikan ini akan ada keburukan?” jawabnya: “Ya! Akan ada para pendakwah dipintu-pintu neraka, sesiapa yang menjawab (seruan) mereka akan dicampak ke dalamnya”. Saya berkata, “Wahai Rasulullah!. Sifatkanlah mereka kepada kami”. Katanya: “Mereka daripada kulit seperti kita dan bercakap dengan lidah seperti kita”. Saya bertanya: “Maka apakah yang akan tuan suruh saya buat jika saya menemuinya?”. Katanya : “Beriltizamlah dengan Jemaah Muslimin dan pemimpin mereka”. Saya bertanya: “Jika tidak ada jemaah dan imam?”. Katanya: “Maka tinggalkanlah semua kumpulan yang ada sekalipun engkau terpaksa berpaut dengan akar pokok sehinggalah kamu mati dalam keadaan begitu”

-Sahih Muslim-

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...