Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Sunday, February 14, 2010

menu: Paprik Ayam

BAHAN-BAHAN:
500 gm ayam (dipotong kecil dan goreng)
150 gm sos tomato
150 gm sos cili
100 gm sos tomyam
3 batang serai (hiris)
4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 labu bawang besar (mayang)
7 tangkai cili padi
50 gm kacang panjang
50 gm jagung muda (belah dua)
50 gm tomato
100 gm bunga kobis
Daun ketumbar
Garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan masukkan sos cili, sos tomato dan sos tomyam dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, daun limau purut, cili merah, cili hijau, bawang besar, cili padi dan air limau nipis dan kacau rata.
3. Masukkan pula ayam, kacang panjang, jagung muda, tomato, bunga kobis dan gaul lagi.
4. Masukkan garam dan masukkan daun ketumbar, gaul rata. Angkat dan hidangkan.

dipetik daripada laman http://www.sajionline.com.my/index.php/ayam-dan-daging-othermenu-117/741-paprik-ayam.html

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...