Kembali Ke Laman Utama

Wednesday, January 27, 2010

Zainab al-Ghazali, Muslimat Yang Berjuang Hingga Lumpuh


(Zainab Al-Ghazali dalam kenangan)

Zainab al-Ghazali, adalah muslimat yang amat berbeda, sepertimana Aisha Abd Rahman, beliau mempertahankan hak wanita Muslim mengikut cara yang dikehendaki oleh Islam dan beliau adalah anak kepada ulama Al-Azhar. Tetapi beliau menjadi pengurus kepada muslimat dan aktiviti Islam daripada menjadi seorang pensyarah universiti.

Ketika usianya yang muda, beliau menjadi ahli yang aktif dalam Kesatuan Wanita Mesir yang diasaskan oleh Huda al-Sha’rawi dalam tahun 1923.

Beliau meletakkan jawatan dan keahlian kerana tidak bersetuju dengan idea dan halatuju gerakan Liberalisasi wanita ketika berusia 18 tahun dalam tahun 1936, mengasaskan Pergerakan Wanita Islam dalam usaha mengorganisasikan wanita Muslim mengikut cara yang dikehendaki oleh Islam.


Logo Pertubuhan Ikhwanul Muslimin

Pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hassan al-Bannna pada tahun 1928 mencari jalan untuk melebarkan sayapnya kepada bahagian muslimat pada ketika itu, dan Hassan al-Banna meminta Zainab al-Ghazali menjadi ketua division muslimat bagi Ikhwanul Muslimin. Pada awalnya beliau dan rakan-rakannya menolak tawaran itu tetapi berminat untuk bekerjasama. Tetapi selepas Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, beliau datang dan memberikan bai’ah setia kepada Imam Hassan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokong Imam Hassan al-Banna dalam menegakkan sebuah Negara Islam. Walaupun Imam Hassan al-Banna dibunuh tidak lama selepas itu, Zainab al-Ghazali meneruskan bai’ahnya dan menolong ahlinya, terutama selepas mereka bergerak sulit ketika zaman pemerintahan Regim Gamal Abdul Nasir dalam tahun 1950-an dan 1960-an.

Ketika ditegur perihal rumah tangga oleh suaminya, beliau berkata, “walau bagaimanapun, saya percaya suatu hari saya pasti mengambil jalan ini yang saya harapkan pada masa itu, pertembungan antara kepentingan peribadi dan aktiviti ekonomi saudara disebelah tangan, dan kerja Islam saya di tangan yang lain, dan saya mendapati perkahwinan berada pada jalan dakwah dan menegakkan Negara Islam, setiap kita harus memilih jalan masing-masing”

“Saya tidak meminta awak untuk berkongsi dengan saya dalam perjuangan ini, tetapi menjadi hak saya supaya awak tidak menghalang saya daripada berjihad pada jalan Allah taala. Lebih baik, awak tak sepatutnya bertanya saya tentang aktiviti saya dengan mujahidin yang lain, dan jadilah kepercayaan yang penuh antara kita. Kepercayaan penuh antara seorang lelaki dan seorang perempuan, seorang perempuan yang ketika berusia 18 tahun, menyerahkan dirinya pada jalan Allah dan dakwah. Dalam keadaan wujud pertembungan antara rumahtangga dan dakwah, perkahwinan kita berakhir, tetapi dakwah akan senantiasa menjadi halatuju saya.”

“Saya meminta hak awak dengan mentaati awak sebagai seorang suami, tetapi ketaatan kepada Allah adalah lebih besar, lagipun kita hidup sentiasa dalam bahaya bagi dakwah.”

bahan rujukan: manual Tarbiyyah Sistematik Edisi Ketiga

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...