Majlis ilmu sebagai taman-taman syurga
Mafhum hadis yang bermaksud:
“Apabila kamu mendatangi taman-taman syurga, maka hendaklah kamu berhenti”
Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah dia itu taman syurga?”
“Sesungguhnya taman-taman syurga ialah halaqah yakni tempat mengingati daku dan tentang syiar Islam”
“wajib keatas kamu belajar tentang dakwah itu sebagaimana kamu ketahui tentang makna surah faatihah”- kata ulama
Bani Israel satu kaum yang hebat sehinggakan di dalam kitab al-Quran, Allah banyak menerangkan cerita dan perihal mereka.
Sebagaimana kisah bani Israel yang diselamatkan oleh Allah SWT daripada Firaun yang berbangsa Qibti(Mesir) yang pada mereka diberi nikmat yang banyak sekali, tetapi mereka menjadi kufur kepada nikmat Allah selain tangan-tangan mereka(ahli kitab) yang merubah ayat-ayat Allah SWT.
Namun di dalam persoalan dakwah Allah menekankan kebijaksanaan didalamnya
Sebagaimana firmannya yang bermaksud,
“...dan serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pendekatan yang baik..”
Rasulullah saw pernah berdepan dengan situasi dimana sahabatnya pernah bertanya kepada baginda bolehkah dia untuk berzina. Namun dalam hal ini, Rasulullah saw membawa uslub/pendekatan dengan cara pertanyaan kembali dengan berkata, “bagaimana fikiranmu/perasaanmu jika mangsa zina itu adalah adikmu atau ibumu, atau sanak saudaramu?”
“tidak ya Rasulullah... bahkan aku sangat marah sekali”
Rasulullah menjawab “Lalu begitulah pula halnya apabila orang yang ditempatmu itu berada merasainya”
Dakwah
1. Mamahami persoalan dasar
2. Perlu kepada ilmu: merangkumi ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah
Ilmu fardhu ‘Ain= bilamana kita bermuamalat/ terjun ke dalam sesuatu bidang yang kita ceburi, maka menjadi wajib bagi kita menguasainya/pakar halnya
1.Lihatlah pada sasaran kita (mad’u)
Sebagaimana pedoman satu kisah
“Syeikh Ali jum’ah salah seorang ulama Lubnan pernah menaiki satu teksi, semasa halnya didalam teksi berkenaan yang sangat bising dengan lagu radio, beliau memohon kepada pemandu teksi berkenaan supaya memperlahankan radio berkenaan. Namun, pemandu teksi berkenaan berang lalu mengeluarkan sepucuk pistol daripada lacinya menghalakan kearahnya.”
2.Lihat pada waqi’e
“pernah suatu ketika Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab meronda-ronda pada waktu malam, beliau mendengar perbualan dan melihat dengan pandangan mata beliau sendiri yang jelas pada sebuah rumah yang diintipnya,terdapat dua pasangan sedang berbuat maksiat dan padanya minuman arak. Lalu Umar memanjat rumah berkenaan bukan melalui pintu utama.
“Tahukah kamu bahawa kamu melakukan perbuatan dosa yang besar!” Beliau berkata kepada pakcik berkenaan dengan perasaan marah sekali, namun dalam suasana genting berkenaan pakcik itu dengan lurus berkata, “Sesungguhnya engkau juga telah melakukan kesahan yang besar, aku melakukan satu kesalahan pada sisi Allah, sedangkan engkau melakukan 3 kesalahan besar pula..”
Umar kebingungan....mengapa pula lelaki berkenaan berkata demikian?
Lelaki berkenaan menyambung kembali dengan membawa hadis Nabi.
“Pertama, engkau masuk kerumahku dengan memanjat kedalam rumahku, dan bukan melalui pintu rumahku,kedua, engkau masuk pula dengan tidak memberikan salam atau mengetuk pintu terdahulu, dan yang ketiga engkau mengintip keaibanku sedangkan engkau tahu Allah mengingatkan bahawa dilarang mengintip aib orang(sambil membaca sepotong ayat alQuran).
Kejadian itu menyebabkan beliau pulang dengan perasaan bersalah. Namun pada suatu hari,sedang baginda menyampaikan sebuah khutbah jumaat, baginda terpandang kembali pada lelaki berkenaan. Dalam hati baginda, beliau berharap dapat bertemu dengan lelaki berkenaan, namun pada perasaan lelaki itu pula, dia ingin melarikan diri setelah selesai urusannya. Setelah berakhir, baginda bergegas kea rah lelaki berkenaan dan sempat mencapainya. Lelaki berkenaan sangat ketakutan, lalu tanpa apa-apa lagi dibuat oleh Amirul mukminin, lelaki berkenaan berkata, “Hai amirul mukminin, sesungguhnya aku telah bertauba kepada Allah dan tidak akan berbuat perkara itu lagi..maafkanlah daku...”
Umar terkejut, lalu baginda berbisik pada lelaki berkenaan, “Janganlah engkau bimbang, sesungguhnya aku tidak akan memberitahunya kepada orang lain..”
Begitulah cantiknya uslub dakwah yang dicintakan oleh Umar al-Khattab, walaupun hakikatnya kita melihat aneh perkara sedemikian rupa, namun, proses manusia itu berubah adalah mengikut acuan Allah taala sendiri.
Pendakwah itu seperti Thobib (Doktor), yang mana sifat doctor adalah tugasnya merawat orang
3.Sabar (surah al-asr)
“dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran”
Ayat diatas menekankan kedudukan sabar yang diletakkan pada kalimah selepas urusan dakwah menunjukkan bahawasanya tugas berdakwah itu punyai cabaran mehnah dan ujian. Sebagaimana yang terpamer pada peristiwa thaif oleh baginda Rasulullah saw selain catatan nukilan peristiwa yang disebutkan didalam al-Quran akan kisah nabi Nuh as yang berdakwah selama 950 tahun lebih, namun hanya mempunyai pengikut sejumlah 80 orang sahaja.
Soal ilmu yang masih tak cukup didada?
Kata ulama mengenai hal ini, “Lihatlah, jika persoalan ilmu tidak mencukupi, maka tidakkah diperhatikan pada zaman sahabat bersama nabi itu, al-Quran masih belum disempurnakan/lengkap? Ianya adalah kerana ilmu”
Mereka yang berjaya ketika itu sebagai contoh adalah Abdur Rahman bin ‘Auf yang sangat Berjaya didalam bidang perniagaannya.
Sebagaimana disebutkan, “Sesuatu yang kamu tidak ketahui, maka bukan bererti kamu meninggalkan kesemuanya”
Imam Ghazali rahimahullahu taala didalam kitabnya Bidayatul Hidayah ada menyebut bahawa, “Sesungguhnya akhlak itu lebih berkesan daripada lisan seseorang itu”
Ini dapat dilihat bilamana Rasulullah mendapat gelaran al-amin sewaktu baginda belum lagi dilantik menjadi Rasul, membawa bukti bahawa akhlak yang dipamerkan sangat berpengaruh dalam dakwah.
Namun, tidaklah dinafikan akan peripentingnya peranan ilmu itu sebagaimana ditekankan oleh Rasulullah saw sendiri bahawa, “Sesungguhnya, hikmah itu adalah suatu barang yang tercicir daripada muslimin, maka wajarlah kamu mendapatkannya”
Hukama ada menyebut
“Lihatlah pada apa yang disebut, janganlah dilihat pada siapa yang menyebutnya”
Manakala Imam Ghazali pula ada memberitahu bahawa, “Sesungguhnya bila berdepan dengan ‘Aasi (yakni ahli maksiat) maka pandanglah mereka dengan pandangan belas kasihan”
Habib Abdul Rahman di dalam kitabnya ada menyebutkan bahawa, apabila bersama dengan orang awam maka perlulah kepada 2 perkara penekanan
1.Bersikap tathlif (berlemah lembut) dengan mereka
Di sana kita hendaklah mencari titik persamaan/ pertemuan antara kita untuk menarik mereka kearah Islam.
Suatu peristiwa dimana seorang ulama yang dihantar ke Afrika, namun dibawanya uslub yang tidak selama ini beliau adakan sebagaimana terhadap pengikutnya dahulu. Beliau membuka sebuah kedai disana dan mendapat pelanggan. Sewaktu tibanya waktu solat, beliau memohon kepada pelanggannya yang hadir ramai ketika itu untuk berhenti seketika dan kebelakang kedai. Peristiwa demikian menyebabkan ramai tertanya-tanya akan apa yang beliau lakukan yang setiap kali tibanya suatu waktu, beliau memohon diri. Dengan perasaan ingin tahu yang tinggi lalu mereka bertanya beliau, dan beliau menceritakan perkara apa yang beliau lakukan. Dari situlah bermulanya dakwah yang berkembang pesat sehinggakan beribu-ribu orang masuk Islam lantaran perasaan ingin tahu dan keindahan Islam itu sendiri.
2.Ta’rif : memberikan pengetahuan tantang Islam
Sewaktu zaman Imam Ahmad bin Hambali, berlaku perdebatan mengenai kedudukan al-Quran sama ada ianya Qadim(menurut pandangan sunnah wal jamaah) ataupun hadis. Akibat pegangan beliau terhadap pandangan sunnah wal jamaah mengenai alquran itu, maka beliau ditangkap dan dipenjarakan.
Suatu ketika, beliau sempat bertemu dengan seorang pencuri. Pencuri itu sering melihat beliau menangis kerana disiksa. Pencuri itu yang apabila dihukum langsung tidak menangisi kesakitan hukuman yang diterimanya. Imam Ahmad hairan melihatnya dan diberitakan oleh pencuri tersebut dengan berkata, “Aku yang berada didalam kesesatan ini ditangkap ditahan dan dirotan, namun aku tidak pernah menangis atau menjerit, sedangkan engkau pula yang berada pada jalan yang benar apatah lagi jika engkau hendak menangis”
Kata-kata tersebut benar-benar meresap kelubuk hati Imam Ahmad. Lantaran daripada peristiwa itu beliau selepas itu tidak pernah menangis serta menjerit setelah ditangkap dipenjarakan.
" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN "
ReplyDelete--AL IMAM HASSAN AL BANNA--
salam ziarah kembali,,akak mohon untuk copy artikel ni,,bleh tak..untuk diletakkan dalam majalah QUDWAH DARUL QURAN..
ReplyDeleteboleh2
ReplyDelete