“apabila seseorang memberi hutang, mereka hendaklah membuat catitan atau surat perjanjian”
Suatu hari Muawiyah berkunjung ke rumah bapa saudaranya yang bernama Abu Hashim, dilihatnya bapa saudaranya sedang menangis teresak-esak. Muawiayah berasa hairan, gerangan apakah yang menyebabkan Abu Hashim iaitu bapa saudaranya itu berkeadaan demikian.
“Wahai bapa saudaraku! Apakah yang menyebabkan anda berkeadaan demikian? Adakah anda sakit atau ada masalah dunia yang terlalu menyulitkan kehidupan anda? Tanya Muawiyah ingin tahu.
“Tidak wahai anakku” jawab Abu Hashim dalam sedu sedan.
“Aku tidak sakit dan tidak juga disebabkan kesulitan dunia, sebaliknya menangis kerana Rasulullah saw telah menyampaikan kepadaku satu ajaran yang belum dapat aku lakukan. Aku bimbang kalau aku mati sebelum ia dapat kuamalkan ajaran itu.”
“Apakah ajaran baginda itu wahai bapa saudaraku?” Tanya Muawiyah lagi.
“Aku masih ingat Rasulullah saw bersabda (yang maksudnya);
“Jika kamu hendak menghimpun harta, memadailah dengan kamu mempunyai seorang khadam, dan juga sebuah kenderaan untuk tujuan fi sabilillah”
Tetapi apabila aku renung dan kaji keadaan diriku sekarang ini, ternyata aku tidak mengamal ajaran baginda. Aku tergolong orang yang menghimpunkan harta, kerana aku telah menghimpun harta lebih daripada seorang khadam dan sebuah kenderaan. Itulah yang menjadikan aku sangat sedih.”
Meneliti ajaran yang terkandung dalam sabda Rasulullah saw itu, maka bagaimanakah caranya supaya kita boleh memliki banyak harta tetapi tidak bercanggah dengan wasiat baginda?
Justeru harta wajar dicari sebanyak mungkin, tetapi harta yang banyak itu tidak mengongkong pemiliknya sehingga dia hanya menjadi seorang penghimpun harta, dan tidak menjadikan harta itu sebagai alat untuk mencapai keredhaan Allah swt.
Harta yang banyak akan membolehkan pemiliknya melakukan ibadah zakat, suatu ibaadah yang hamper sama tarafnya dengan ibadah solat dan zakat aqimatus solatu wa-atuz-zakah iaitu dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.
Apabila seseorang itu menunaikan zakat bermakna harta yang dimilikinya itu dalam keadaan yang diredhai Allah, malah bukan sekadar mengeluarkan zakat yang wajib, lebih-lebih lagi membantu orang yang memerlukan, sama ada dengan memberikan hutan atau dengan memberikan sedekah dengan secara ikhlas, ia bergantung kepada keadaan. Kerana ada ketikanya member hutang itu lebih besar pahalanya berbanding dengan memberikan sedekah.
Untuk membuktikan bahawa harta itu tidak mengongkong hati seseorang ialah dengan bersifat pemurah, tidak merasa saying apabila menghulur bantuan kepada orang yang memerlukan, ataupun menderma harta itu kepada jalan Allah,sama ada untuk wakaf jariah bagi membina Masjid atau Madrasah tempat menyebarkan ilmu agama, dan lebih-lebih lagi untuk membantu perjuangan menegakkan agama Islam yang mulia.
Jangan sesekali seseorang itu hatinya dihinggapi penyakit bakhil, justeru tidak ada alas an mengapa seseorang itu harus lokek dengan harta yang dikurniakan oleh Allah kerana pada hakikatnya harta kekayaan itu diperoleh bukan semata-mata orang itu berusaha gigih, tetapi kerana kurnia Allah telah menganugerahkan kekayaan itu kepada orang itu.
Seorang dermawan berasa senang hati ketika menghulur derma atau bantuan kerana dia yakin bahawa tangan-tangan yang menerima itu seolah tangan-tangan Tuah yang akan menyambut dengan sebaik-baiknya. Harta itu akan tersimpan dalam akaun “bank pahala” di akhirat dengan jumlah yang berlipat kali ganda. Seseorang yang dermawan walau sebanyak mana harta didermakan, justeru ia tidak menyusutkan hartanya, bahkan akan bertambah banyak . sekalipu harta di tangan mereka telah habis semuanya, namun dia kaya dengan pahala. Sesungguhnya hartawan yang sebenar hanyalah mereka yang mempunyai simpanan pahala yang banyak disisi Allah di akhirat kelak.
Begitu banyak pengajaran daripada hadis Rasulullah saw tentang bagaiman mengendalikan harta kekayaan agar tidak menjadi beban di akhirat. Di dalam al-Quran Allah berfirman:
11. Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.
Surah al-hadid(57:11)
Allah Maha Kaya, maha suci Allah daripada hajat hendak meminjam sesuatu daripada hamba-Nya. Istilah pinjam dalam ayat tersebut hanya suatu kepelbagaian tawaran Allah terhadap hamba-Nya agar berbanyak usaha berbuat kebajikan pada jalan Allah. Pinjaman juga bermakna pengorbanan derma atau sedekah dan seumpamanya.
Bagaimanapun jika seseorang member pinjaman kepada orang lain, ia juga suatu amalan terpuji, malah member pinjaman kepada orang yang sangat memerlukan akan diberi ganjaran pahala yang lebih, berbanding dengan sedekah dalam keadaan orang itu tidak begitu berhajat.
Selepas daripada tarikh seseorang member hutang, maka setiap masa yang berlalu dalam tempoh perjanjian akan sentiasa diberi ganjaran pahala oleh Allah swt.
Apabila seseorang member hutang, mereka hendaklah membuat catitan atau surat perjanjian, ia merupakan syariat yang akan member kebaikan antara keduanya. Kedua pihak terikat dengan perjanjian itu, seperti yang dikehendaki oleh Allah swt.
Firman Allah swt:
282. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah[179] tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.
Surah albaqarah (2:282)
Surat itu mencatitkan semua keperluan tentang jumlah wang dan tarikh hutang yang mesti dibayar, mereka mendapat pahala selama keduanya mematuhi perjanjian tersebut.
Andainya tempoh sudah berlalu sedang hutang tidak dapat dijelaskan, janganlah kegagalan itu menimbulkan persengketaan kerana orang yang berhutang adalah mereka yang hidupnya susah., mungkin kesempitan hidup menyebabkan mereka belum mampu mengumpulkan harta bagi menjelaskan hutang. Pemberi hutang sebaiknya meneruskan rasa simpati dan bertimbang rasa.
Memang tidak dapat dinafikan betapa berat tanggungan pemberi hutang, jika hutang itu tidak dapat dibayar setelah begitu lama menunggu tempoh pembayaran tiba, pasti ia sangat mengecewakan. Allah swt tidak mensia-siakan setiap usaha memikul beban berat member hutang kepada orang yang hidup susah, itu pasti ada kebaikannya disisi Tuhan, malah sekiranya hutang itu tidak dibayar, hatta harta yang hilang lantaran dicuri atau ditipu sekalipun, pasti harta itu akan diperolehnya semula di akhirat kelak, malah dalam bentuk yang lebih baik. Orang yang tidak menjelaskan hutang setelah melewati tempoh tetap berdosa kerana mereka tidak menepati janji yang dicatit di surat perjanjian kecuali mereka menyatakan keuzurannya dan meminta ditangguhkan tempoh pembayaran.
Meskipun hutang yang yang tidak dapat dijelaskan itu melebihi kadar nisab, sekiranya melebihi haul bererti pemberi hutang itu wajib mengeluarkan zakat, namun Tuhan akan bukakan untuk mereka pintu kebajikan apabila merea membayar zakat. Sebagaimana firman Allah swt:
280. Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, Maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.
Surah al-baqarah (2:280)
dipetik daripada buku TAQWA, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
No comments:
Post a Comment