Kembali Ke Laman Utama

Tuesday, December 1, 2009

TIPS UNTUK MENJADI SAHABAT YANG BAIK


Rasa ingin bersahabat adalah fitrah semulajadi manusia. Kawan dan sahabat adalah cermin peribadi kita. Kata bijak pandai “burung yang sama warna akan terbang bersama” manusia sejiwa akan sentiasa bersama. Untuk mendapat kawan atau sahabat yang baik, kita mestiah menjadi sahabat atau kawan yang baik kepada orang lain. Adab-adab menjadi sahabat yang baik :


* Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu

* Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri

* Memberi bantuan yang memerlukan pertolongan tanpa perlu diminta

* Menyembunyikan segala rahsia sahabat

* Menceritakan atau menyampaikan pujian orang lain terhadap sahabat. Jika kita sembunyikan bererti kita sembunyikan menyimpan rasa dengki dan iri hati

* Memberi perhatian yang sepenuhnya apabila ia bercakap. Tidak memotong cakapnya

* Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya, sama ada di depan atau di belakang

* Tidak menyebut-nyebut atau mengungkit kesalahan yang pernah dilakukanya kepada kita

* Sentiasa baik sangka terhadap sahabat kita dengan memandang positif terhadap sikapnya

* Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita

* Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya

* Sentiasa mendoakan sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup ataupun setelah dia meninggal dunia

* Berkasih sayang dengannya, menjalinkan kasih sayang itu hingga ke akhir hayatnya

* Berkongsi apa yang dirasainya samaada susah atau senang. Bergembira dengan kegembiraannya dan bersedih di atas sesuatu yang menyedihkannya

* Berterima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.

MUTIARA KATA PILIHAN


“Sahabat tempat mengadu masalah dan tempat kita berbincang. Antara ciri-ciri orang bertaqwa ialah menjadi sahabat yang baik. Hanya sahabat yang menjaga adab-adab persahabatan sahaja dapat menjadikan contoh dan ikutan. Bersedialah untuk menjadi sahabat yang baik”

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...