Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Saturday, December 12, 2009

Sifat-sifat yang perlu ada pada pimpinan


Mengenali dakwah

• Mengambil tahu secara bersungguh-sungguh perkara-perkara yang berkaitan dengan pemikiran dakwah, arahan dan pentadbirannya.
• Meneliti kegiatannya dan mengetahui segala program dan tindakannya.

Mengenali diri

• Kenalpasti tempat-tempat kekuatan dan kelemahan dalam dirinya.
• Seseorang pemimpin mestilah mempunyai sifat-sifat berikut:

 Mengetahui sudut-sudut kelemahan dan berusaha memperkuatkannya.
 Mengenali sudut-sudut kekuatannya dan berusaha untuk menggerakkan dan menyuburkannya.
 Dia mengambil berat mengembangkan ilmu dan membaca pendapat-pendapat, pemikiran-pemikiran politik, kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya.
 Dia mengambil berat mengenali tokoh-tokoh pemimpin Islam dan lainnya, disamping berusaha mengetahui cara-cara pimpinan mereka serta faktor-faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

Mengambil berat tentang ahli

• Mengenali secara bersungguh-sungguh
• Memahami keadaan dan kedudukan mereka
• Bekerja membantu menyelesaikan masalah mereka
• Memantapkan dan mengukuhkan thiqah mereka

Teladan yang baik

Sepertimana sabda Rasulullah saw: “para sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu meneladani mereka, maka kamu mendapat petunjuk”.

Mempunyai pandangan yang mantap

• Bertindak segera dan tepat menggunakan jalan penyelesaian
• Pemimpin yang tidak tegas akan menimbulkan suasana kucar-kacir dan kurang kepercayaan.

Keazaman yang kuat

Daya tarikan semulajadi

Penuh yakin

• Berkeyakinan dan berlapang dada
• Sikap putus asa adalah menjadi faktor utama kemusnahan
• Pimpinan adalah ketua rombongan dan kesannya keatas “barisan” adalah sangat mendalam.

dipetik daripada buku, Golongan yang Tercicir disepanjang jalan dakwah, Dr Fathy Yakan

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...