Kembali Ke Laman Utama

Sunday, December 20, 2009

Ringkasan Teknik-Teknik Bio-Mekanik Solat

Sebagai permulaan, ada 4 kaedah utama iaitu penetapan dan pelaziman minda-emosi, pembacaan, pendengaran dan imaginasi. Tetapi bagi anda yang mahu ke tahap asyik semasa solat, gabungan kesemua kaedah diatas akan banyak membantu.

Fasa-Fasa Teknik Bio-Mekanik

Fasa 1 (Mencari Mood dan Penetapan Minda)

 Sempurnakan wudhu’
 Tekad untuk khusyuk
 Usaha khusyuk semasa solat sunat Qabliyah dengan kaedah bio-mekanik
 Membaca surah An-naas beberapa kali sebelum dan selepas iqamat
 Tidak berkomunikasi lagi selepas iqamat

Fasa 2 (Membaca Sendiri)

Tahap 1

 Sebutan jelas dan perlahan
 Dengar setiap sebutan dengan teliti

Tahap 2

 Sebutan jelas dan perlahan
 Dengar dengan teliti
 Bayangkan bentuk-bentuk huruf ayat yang dibaca

Tahap 3

 Sebutan jelas dan perlahan
 Dengar dengan teliti
 Bayangkan bentuk-bentuk huruf
 Bayangkan maksud ayat yang dibaca

Fasa 2 (membaca sendiri), ketika solat zohor,asar, ketika rakaat ketiga dan keempat ketika solat isyak, maghrib, dan pada setiap rakaat semua solat selepas imam membaca.

Fasa 3 (Mendengar Bacaan Imam)

Tahap 1

 Dengar teliti bacaan imam
 Hati ikut membaca ayat yang dibaca, terutama Al-fatihah

Tahap 2

 Dengar teliti bacaan imam
 Hati ikut membaca
 Bayangkan bentuk-bentuk huruf

Tahap 3

 Dengar teliti bacaan imam
 Hati ikut membaca
 Bayangkan bentuk-bentuk huruf
 Bayangkan maksud-maksud ayat

Ketika solat zohor, asar dan ketika imam membaca perlahan, usahakan untuk mendengar setiap takbir yang disebut oleh imam.

Ingatan penting

1. Tumpukan mata pada tempat sujud, pernafasan yang diatur dan gerakan semasa solat (rasai regangan) mesti dikekalkan.
2. Pada fasa 2, cuba amalkan “baca dalam hati dan baca dari mulut serentak”.
3. Bolehkah pada tahap 2 dan tahap 3 , kita membayangkan sepenuhnya semua bentuk-bentuk ayat dan semua maksud ayat sedangkan perlu focus mendengar apa yang dibaca? Jawapannya ialah boleh tetapi perlu kepada latihan.
4. Tulis semula semua bacaan solat sehingga anda mahir, bermakna anda sudah boleh membayangkan sepenuhnya bentuk ayat dan juga berusaha menghafal makna-makna ayat.
5. Jika istiqamah dengan ketiga-tiga fasa pada tahap 1 dan tahap 2, InsyaAllah anda mampu untuk khusyuk.
6. Hati-hati! Mudah hilang fokus dari berdiri ke sujud. Dengar takbir imam dan sebut sendiri.
7. Ketiga-tiga fasa ini akan menjurus kepada perbuatan yang sengaja, sedar melakukannya dan akan senantiasa mengekalkannya. Inilah yang dinamakan khusyuk.
8. Jika ada gangguan seperti suara anak-anak kecil, bunyi telefon bimbit dan lain-lain, berusahalah agar kita tidak terbawa-bawa emosi dan “rasa geram” dengan gangguan tadi. Lupakan dan terus focus pada solat.

Kaedah Bio-Mekanik diatas boleh dipraktis diluar solat seperti ketika memandu, ketika berehat di rumah atau dipraktis semasa solat-solat sunat. Bermaksud, sila berlatih membaca melalui kaedah ini pada semua bacaan solat seperti ketika memandu, di atas sofa atau ketika bersendirian. Ajaklah anak-anak anda sama-sama berlatih kaedah ini diluar solat.


Ringkasan analisa bacaan solat fardhu dalam sehari

Bacaan sendiri

Doa iftitah      : 17 kali
Ayat alfatihah : 17 kali
asbih rukuk    : 51 kali
Tasbih i’tidal  : 17 kali
Doa antara dua sujud  :51 kali
Takbir           : 85 kali

Mendengar bacaan imam

Ayat alfatihah : 6kali
Surah-surah lain : 6 kali
Takbir           : 85 kali

Kesimpulan
Bagi seorang makmum, Fasa 2 iaitu fasa bacaan sendiri lebih kerap berbanding dengan Fasa 3.

dipetik daripada Bio-Mekanik Solat, Dr. Yusof Abbas

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...